Friday, July 2, 2010

PARI LEMAK CILI API


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Lamanya rasa tidak menghadap komputer ni. Laptop buat hal, komputer pula dikuasai si bujang kecil. Emaknya mengalah la. Hehe... Jadi masakan yang dua tiga hari lepas barulah dapat dibuat entrinya. Itu pun curi-curi apabila Adham leka bermain game handphone pula.


Resepi yang mudah. Biasanya ikan pari ini saya bakar curah sambal dan masak asam pedas. Teringin masak pecal tetapi bimbang tiada sambutan pula. Kali ini masak lemak cili api tetapi macam biasa kurang pedas.

Bahan-bahannya:

500 gm potongan ikan pari
11 biji cili api hijau ( boleh tambah jika nak pedas)
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
5 batang serai dititik
1 cawan santan pekat
air asam jawa
garam

Cara-caranya:

1. Cuci ikan pari bersama perahan limau kasturi. Bilas dan ketepikan.
2. Kisar cili api, belacan, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup sederhana halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serai yang dititik hingga pecah minyak dan naik bau.
4. Masukkan ikan pari dan gaul sebati. Tambahkan sedikit air, bila mendidih tambahkan air asam jawa dan air lagi hingga paras ikan atau lebih.
5. Bila sudah menggelegak masukkan pati santan dan kacau sebati.
6. Tambahkan garam secukup rasa dan padamkan api bila kuah telah mendidih.

4 comments:

  1. Salam K.Anis,
    Rindunya kat akak...sejak balik bercuti akak senyap je...
    Kecurnya tngk ikan pari tu....mmng sedap kak sesekali msk mcm ni...lama tak mkn ikan ni..

    ReplyDelete
  2. salam yatie.
    laptop akk buat hal la. hehe... komputer plk adham dah kuasai. terpaksalah akk mengalah. huhu... ni pn curi2 masa update blog. mmg rindu dgn yatie pn.:))
    yatie ikan pari ni klu bakar n masak pecal sedapkan. kuahnya bubuh kencur sikit. nak masak takut abg n budak2 tak mkn. hehe... pendam ajelah keinginan tu.

    ReplyDelete
  3. Salam K.Anis,
    Mmng sedap kak kalau masak pecal tu....bau dan rasa kencur tu yg buat bertambah selera....suami yatie mmng suka kalau msk mcm tu....mau bertambah2 nasi dia...
    setakat ni mmng semua suami yatie makan....senang keje...nak masak pun happy je....akak bersabarlah ya...sesekali akak masak sikit utk akak ya..

    ReplyDelete
  4. salam yatie.
    itulah sbb. tp mmg mertua akk tak penah masak pecal jd abg tak pandai mkn. anak2 plk tak tahan pedas. mcm akk mmg biasa sbb arwah mak rajin masak sbb suaminya suka mkn. pedas sampai berasap telinga tp sedap kemain. hehe... yg akk plk cili api suka buat ulam. sedap aje. hehe...
    itulah lain kali buat utk mkn sendiri je. hehe... klu yatie dkt blh akk hulur2 buat rasa.:))

    ReplyDelete