Friday, July 2, 2010

PUDING CENDOL


Assalamualaikum dan selamat petang. Puding cendol paling mudah dan sempoi saya buat. Hehe... Resepi ambil dari internet tetapi saya tambah sedikit ikut kesesuaian selera dan bahan-bahan mentah yang ada. Cendol pun pemberian seseorang. Hehe...



Enak dimakan bersama cairan manisan kerana puding yang tersedia agak kurang manis.


Enak juga dimakan bersama cairan manisan dan susu cair. Ikut kreativiti masing-masinglah...


Bahan-bahannya:

11/2 cawan cendol
1 cawan cairan manisan
1 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
5 sudu besar gula
3 sudu kecil tepung kastard dibancuh dengan sedikit air
2 kole kecil air
20 gram agar-agar(1 paket)

Cara-caranya:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Tambahkan dengan gula pasir, bancuhan tepung kastard, cairan manisan, santan dan susu cair. Kacau sebati. Pastikan api sederhana.
3. Bila sudah mendidih dan likat, padamkan api.
4. Bila didihan telah reda masukkan cendol dan kacau sebati.
5. Basahkan acuan dan tuangkan puding tadi.
6. Seperti biasa sejukkan dahulu sebelum dipotong. Sedap dihidangkan sejuk-sejuk bersama cairan manisan dan susu cair.

4 comments:

  1. Salam kak anis, puding cendol tu takdak ke yg dh siap potong? Tayang yg besar, nk mkn sorang gerenti tak hbis punya..he3..

    ReplyDelete
  2. rasa basah tekak tengok puding ni pagi2 buta.. hehe

    ReplyDelete
  3. salam en daun.
    puding yg paling atas tu mmg besar, klu en daun mkn mmg tak abis punya. hehe... puding yg ke dua n ke tiga tu insyaAllah blh habis punya sbb comel2 je.:))

    salam sari yusa.
    mmg sejuk benar kat tekak mcm mkn cendol berais rasanya. hehe...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Anis,

    Memang best puding ni. hmm sejuk jer masuk tekak.

    ReplyDelete