Wednesday, July 14, 2010

BIHUN TOMYAM


Assalamualaikum. Petang semua. Terlanjur sudah ada kuah tomyam ini saya pun celur bihun. Teringin pula hendak makan bihun tomyam. Cuma saya dengan Syuhadah sahaja yang menikmati keenakan bihun tomyam ini. Huhu... Suami kata mana sedap tomyam makan dengan bihun, sedap lagi makan dengan nasi. Petang seusai pulang dari kerja suami sudah makan nasi berlauk sardin masak sambal. Malamnya selepas solat isya' suami makan nasi dengan tomyam pula. Hehe... Tambah bulat la suamiku. Hehe...



Sebenarnya tomyam saya ini kalau tidak ditambah pes pun tidak mengapa rasanya. Bila ditambah pes, kuah tomyam saya bertambah pekat, berminyak dan kelihatan pedas (tidak pedas pun). Walaubagaimana pun, alhamdulillah sedap. Jom jamu mata...

4 comments:

  1. Salam kak anis, tom yam yg pekat dn sedap mcm akk buat ni lg best kalau dipasangkan dgn kuew teow. Kuew teow + tom yam = sedap!

    ReplyDelete
  2. salam en daun.
    benar ke? akk tak penah cuba lg. buat akk kecur aje lah. hehe... blh try lain kali. t.kasih.:))

    ReplyDelete
  3. Di Tanah Merah ada sbuah kedai mkn yg terkenal dgn kesedapan kuew teow tom yam dn sy selalu jg mkn kat situ tp setelah kedai tu kna pindah ats sbb pmbangunan dn sy pn pindah ke sini, dh tak tau kedai tu kat mana skrg..huhu..cedeynye.. Kat sini pn ada satu kedai mkn yg buat kuew teow tom yam sedap. Kuahnya sama mcm yg akk buat tu. Akk mai la bukak kedai kat sini pula..hehe..

    ReplyDelete
  4. salam en daun.
    biasanya kuew teow ni akk mkn yang digoreng aje. blm penah rasa makan dgn tomyam. teruja nak rasa ni. hehe...
    akk ni buat keja lambat la en daun, klu buka kedai mkn mesti kena marah dgn pelanggan sbb pesanan tak siap, sedangkan perut dah keroncong.:))

    ReplyDelete