Sunday, July 11, 2010

UDANG, TEMPE, DAN SOTONG


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lauk-pauk di sini semuanya merupakan menu kitar semula. Entri sekadar memenuhi aktiviti harian sahaja. Bagi sesiapa yang teringin mencuba resepi-resepinya ada pada entri-entri yang terdahulu. Jom jamu mata....



Udang goreng tepung rangup dan garing. Kali ini saya cuma ubah sedikit resepi dengan menambah tepung naik sendiri 1 sudu besar, telur kuning dan sedikit 'cukup rasa'.



Sambal tempe, kentang dan bilis halus merupakan kegemaran saya. Kalau makan nasi panas cukup berlaukkan ini sahaja.




Sotong masak kicap sempoi. Suami suka kalau diperhangatkan banyak kali sebab rasa sotong yang meresap dengan kuah dan bahan-bahan tumisannya membangkitkan selera sebab sotong lebih lembut dan rasanya tambah sedap. Yang kurang saiz sotong yang semakin comel. Hehe...


4 comments:

  1. nyummmm3 alahai sedapnyew..:p
    geram tgk sotong tuu...hehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis, semua yg kat ats tu best dn myelerakan tp udang tu je yg buat sy telan air liur sbb tak leh mkn. Alergik..huhu..

    ReplyDelete
  3. Sambal tempe Kak Anis tu buat meleleh air liur,

    Kabare, wes mangan urong kak?..

    ReplyDelete
  4. salam najwa.
    sotong masak simple je tu, tp biasalah anak2 n suami seleranya tak sama. akhirnya tak habis juga.:))

    salam en daun.
    yg kat atas tu akk cuma suka mkn sambal tempe je. hehe... sotong n udang tu tak brp minat tp mkn juga sbb takut terbuang n membazir.
    rasanya en daun ni mcm kawan akk sbb dia pun tak blh mkn udang nnti satu bdn bengkak2.

    salam sweetie.
    akk mmg suka sgt lauk tu. hehe... iki dino akk puoso, mengko wes buko jek mangan. betul ke ni, hentam saje lah. haha...

    ReplyDelete