Thursday, July 29, 2010

ROTI BENGGALI

potong dengan pisau sayur ni kurang cantik dan kemas la, mana nak cari pisau potong roti di kota bharu ni ya.:))

Assalamualaikum dan salam tengahari semua. Malam tadi saya menguli tepung untuk buat roti benggali ini. Cadangannya hendak dijadikan sarapan Hamimah sebelum ke sekolah, dan alhamdulillah sudah terlaksana. Saya menonton CSI Miami, CSI New York dan CSI Vegas sambil mencuri-curi menguli tepung. Mana boleh ketinggalan siri yang amat saya minati ini. Hehe...



Seperti biasa resepinya saya ambil dari internet. Saya lupa sumbernya tetapi ribuan terima kasih saya ucapkan kerana kesediaan tuan punya resepi berkongsi dan ini merupakan salah satu amal jariah juga yang ditinggalkan nanti. Jom kita panjang-panjangkan resepi ini...

Bahan-bahannya:

350 tepung berprotein tinggi
1 sudu besar margerin/mentega dicairkan
1 sudu besar yis kering
secubit garam
2 sudu gula castor
air suam secukupnya untuk menguli

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang licin.
3. Rehatkan doh sehingga naik sekali ganda iaitu lebih kurang 30 minit. Tumbuk-tumbuk doh tadi, uli sekali lagi dan bentukkan memanjang. Masukkan dalam acuan yang telah digris dengan margerin/mentega.
4. Rehatkan sekali lagi hingga doh naik 3/4 acuan.
5. Bakar dengan suhu 200C selama 15-20 minit atau sehingga masak (boleh menggunakan cake tester untuk mengetahui sudah masak ke belum)


7 comments:

  1. salam tuan rumah..wah gebunya roti benggali tu...mesti sedap cicah ngan kari yam ..hu hu

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis,
    Akk mmg best! Roti benggali pn pndai buat jg.Di Tnh Merah sblm ni ada kedai roti benggali ni. Roti yg tbaik bbanding kedai lain tp skrg dia dh takdak(mungkin meninggal dunia/malaysia).Org lain ambil alih tp x sesedap yg dia buat. Sllu beli roti ni utk mkn cicah dgn kari+sdkt gula.

    Syuhadah dh smp sini ye. Brpa hr dia kat lgkwi? Smlm sy ada di Jetty Point pkl 5pm tp tak jmpa dgn rmbgn bdk2 sekolah. Group remaja pakai bj pink tu ada la..huhu..

    ReplyDelete
  3. salam kerull.
    akk dgn mimah cicah dengan air milo n kopi je. nnti ptg g psr mlm cari kari/sup tulang buat pencicah. hehe...

    salam en daun.
    tgk resepi pandai le. hehe... dkt johor pn ada en daun. tp dah lama akk tak mkn. rasanya mmg sedap n gebu semacam. ms akk tinggal di johor dulu diaorg bakar pakai ketuhar arang je tau. tu yg sedap. skrg tak tau mcmana.

    td dlm kul 12.46, syuhadah ada sms akk dia dah ada dlm feri. dia kata rindu kat akk n adik2nya. dgn abg tak ckp lak. hehe... sabtu balik kota bharu katanya.:))

    syuhadah ni kecik2 budaknya n pemalu. rasanya dia pakai tudung hitam n jlnnya membongkok sikit. byk kali dah pesan suruh jln tegak, kejap aje nnti dia lupa bongkok sikit. bongkok udang org kata. hehe...

    ReplyDelete
  4. Salam kak anis,
    Wah kak! gebush dan putihnya roti tu! Saya tak penah mkn roti benggali. Tapi tgok kak punya, rasa nak try pula. ;)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Seronok berkunjung kat blog kak Anis, macam2 resepi ada dr lauk pauk melayu sampai la western food, ha...ni pula dari india..roti benggali pula.sedap kak..

    ReplyDelete
  6. salam indah.
    roti benggali@bai yg jual di jln sg chat johor lg sedap. lbh2 lg klu baru keluar dr ketuhar arangnya. tp dah lama akk tak mkn. hehe....

    salam sweetie.
    memasak ni seronok, alhamdulillah. bila kita dah buat kita akan teruja utk melihat hasilnya. sambutan anak2. tiap kali anak2 suka mkn, syukur alhamdulillah.
    suami akk tak brp suka nak cuba masakan akk, hari tu buat muffin, roti, puding, pretzel abg tak rasa walau secubit pn.
    abg suka mkn karipap inti sardin, pau kacang merah n lauk pauk melayu yg biasa dimakan je. cabaran juga.:))

    ReplyDelete
  7. kakchik nak copy resepi ni kak anis. tengok gambar dlm FB je dah jadi terliur nak buat.

    ReplyDelete