Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Monday, October 3, 2011

The Versatile Blogger Award - ila_cheqSue


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Lama dah saya ambil award ini dari blog masak-masak Ila tetapi belum sempat hendak menyiapkan tag yang diberi. Terlebih dahulu terima kasih buat Ila yang teringat nak bagi akak award di atas. Hehe... Tak layak rasanya sebab akak ni hanya blogger suam-suam kuku je. Update blog bila ada kesempatan dan kalau boleh memang tak mahu terikat sangat dengan laptop ni. Leka jadinya. Huhu...

Ni dia homework yang diberi:

1. Thank and link back the person who gave you this award.
Awal-awal dah ucapkan terima kasih. Hehe...

2. Share 7 things about yourself on the post.

1. Akak ni seorang surirumah sepenuh masa. Dulu bekerja tetapi suami tak suka isteri yang bekerja jadi ikutlah kata suami.

2. Akak suka mencuba resepi baru tapi baru-baru ini akak terpaksa hentikan minat ini sebab bila asyik memasak tak banyak sedikit akak akan makan dan kadang-kadang bila lihat makanan banyak bersisa akak rasa sedih dan sedaya upaya hendak abiskan. Hahaha. Umur dah meningkat jadi kesihatan kena jaga Ila. Lagi satu kurniaan Allah SWT akak ini mudah membulat. Suami pulak tak suka akak mengembang. Huhu... Tolong...

3. Akak seorang yang simple dari segi pakaian dan penampilan. Apa-apa function pun akak akan mengenakan baju kurung tanpa secalit pun solekkan. Biasanya bedak baby johnsonlah yang menjadi teman setia. Kadang-kadang tu teringin juga hendak sapu lipstik di bibir tetapi suami sound tabaruj, tabaruj. Huhu... Akak syukur dalam umur akak yang dah melewati 40an ini tiada bintik-bintik hitam yang menumpang di pipi. Hehe... Mungkin salah satu sebab akak tidak pernah bermakeup kecuali masa majlis perkahwinan 17 tahun dulu.

4. Akak juga seorang yang sensitif dan mudah menangis. Kalau tengok cerita-cerita sedih atau baca cerita-cerita sedih cepat sangat air mata nak mengalir tapi akak coverlah sebab malu dengan anak-anak-anak dan suami. Hehe...

5. Akak ini orangnya tidak memilih makanan asalkan ianya halal dan dapat mengalas perut cukuplah. Nasi hangat, kicap manis, telur mata lembu bersama cili api sudah cukup memenuhi selera akak. Akak tak suka kuih muih yang manis dan akak suka minum air putih. Tapi kenapa badan akak gemuk juga ya. Hehehe....

6. Akak rindu sangat dengan arwah emak. 27 Syawal yang lalu genap arwah emak akak pergi menemui Allah. Akak paling suka makan sambal tumis telur rebus arwah emak. Memang sedap sebab arwah gunakan lesung batu bukan blender. Asli rasanya. Arwah memang pakar dalam membuat kuih muih basah. Tanpa sukatan, pakai campak-campak dan mengadun hanya menggunakan tangan tetapi hasilnya lemak, manis dan sangat sedap.... Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat kepada arwah emak akak. Aaminn...

7. Akhir sekali akak sangat berharap dan berdoa agar akak hidup dalam iman dan mati pun dalam iman. Itulah doa akak di setiap sujud akhir ketika solat. Akak berharap agar anak-anak akak menjadi insan yang berjaya hidupnya di dunia dan akhirat kelak. Anak-anak dan suami adalah harta yang paling berharga dalam hidup akak di samping arwah emak, bapak dan adik-beradik yang lain.

Sesiapa yang berkunjung di blog akak dan tertarik dengan award ini dan tugasannya dengan sekecil tapak tangan masjid negeri Sarawak akak tadahkan. Sila-silakan ambil ya. Terima kasih...



Wednesday, July 13, 2011

AWARD DAN TAG - KAK ILAHJY


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Award dan tag ini saya terima dari blogger Kak Ilah, 'RESEPI SUMBANGAN JY'. Terima kasih Kak Ilah. Saya akan cuba siapkan tag yang diberi semampu boleh. 7 perkara yang belum diketahui tentang diri saya, saya sisipkan di bawah jawapannya seringkas boleh.

1. Saya anak ke 7 dari 9 orang adik beradik. 2 lelaki dan 7 perempuan. Kakak-kakak kata semasa saya kecil saya kelihatan seperti anak mat salleh, putih kemerah-merahan dan berambut keperangan. Hehe...

2. Semasa kecil saya adalah seorang kanak-kanak yang pendiam dan mudah jatuh sakit. Saya jarang ikut serta dalam acaran suka sekolah, memang kalau boleh hendak mengelak sahaja. Hehe...

3. Meningkat remaja saya menjadi seorang anak gadis yang sangat pemalu. Berbual dengan rakan lelaki yang sekelas pun boleh dihitung dengan jari. Ikut keperluan. Hehe... Tingkatan 3, saya baru pandai menanak nasi, maklumlah selama ini ada kakak-kakak yang menolong arwah emak memasak dan saya pula bukan pemakan orangnya.

4. Masa sekolah menengah dahulu, saya cukup fobia bila mendengar bunyi hon motosikal postman. Bimbang dapat surat dari budak lelaki yang hendak berkenalan sebab ramai sangat. Popular gitu, walhal saya ini selekeh aje budaknya. Kalau dapat surat memanglah kena marah dan bebel dengan arwah mak tetapi bukan salah saya. Bila kena marah saya mengunci mulut tidak berani membela diri, paling tidak menangis sahajalah.

5. Meniti alam gadis lagi saya disunting oleh suami yang 4 tahun lebih tua dari saya. Bila dia masuk meminang bapa terima sahaja. Kami sekadar kenal muka, tidak pernah berbual dan membina hubungan serta cinta seusai menikah. Memanglah tersangat payahnya di awal-awal perkahwinan tetapi alhamdulillah berkat sabar dan tolak ansur kekal hingga ke hari ini dan moga hingga ke syurga. Jadilah saya ketua bidadarinya di sana kelak. Amin....

6. Seperti Kak Ilah, saya juga ada mengalami masaalah kesihatan. Saya pernah dibedah sebanyak 2 kali iaitu yang pertama kerana mengandung luar rahim dan yang ke dua pembedahan apendik. Kedua-duanya telah pecah, namun alhamdulillah Allah masih panjangkan umur saya. Kalau nyawa saya hendak diambil pun biarlah anak-anak sudah besar, soleh dan solehah dan berjaya hidup di dunia dan akhirat. Amin... Suami saya tidak bimbang sebab beliau memang ramai peminat. Kalau saya tiada biarlah dia beristeri lagi secepatnya... Kalau saya tiadalah.:))

7. Meniti usia 40an ini memang terasa sudah tua. Biarlah di pandangan orang saya tidak setua itu tetapi di hati sentiasa mengingatkan usia yang semakin meningkat ini. Saya ingin menjadi anak, menantu, isteri dan emak yang sesabar dan seikhlas mungkin. Redha dengan segala apa yang berlaku. Zuriat yang boleh dibanggakan di dunia dan akhirat serta rumahtangga yang bahagia tanpa sebarang gangguan perasaan dari saya, suami atau pihak lain. Amin...

Ini sahajalah Kak Ilah yang dapat saya titipkan. Harap sedikit sebanyak Kak Ilah suka dan menjadi lebih rapat dengan saya. Hehe...

Harus dipanjangkan kepada 5 orang blogger yang belum dikenali. Siapa ya. Nanti-nantilah saya fikirkan sebab bahagian ini memang buntu hendak memikirkannya. Sesetengah blogger tidak suka di tag dan ada yang suami tidak izinkan menjawab sebarang tag. Saya tahu sebab saya pernah kena. Ini pun kita mesti faham dan hormati pendirian mereka. InsyaAllah Kak Ilah, akan diselesaikan secepat mungkin. Hehe....


Thursday, April 14, 2011

AWARD UNTUK FOLLOWER DRP STORY OF MAMA


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Dapat award lagi dari Kak Noorsafone. Alhamdulillah dan terima kasih banyak. Love you too....


Sunday, April 10, 2011

AWARD DR NORLIE DAN MAMA NOORSAFONE


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Award yang saya terima dari norlie dan noorsafone. Dua-dua noor, hehe... Terima kasih banyak saya ucapkan di atas kesudian mereka menghadiahkan award kepada saya.

Ada beberapa syarat yang perlu saya langsaikan kerana menerima award ini. InsyaAllah saya akan cuba selesaikan seberapa mampu yang boleh.

1. Award ini saya terima dari http://storyofmama.blogspot.com/ dan http://norlieharumaini.blogspot.com/.

2. Berkongsi perkenalan diri dengan semua.
- seorang seorang isteri, ibu kepada 2 orang puteri dan seorang putera dan juga surirumah sepenuh masa.
- pernah bekerja tetapi berhenti kerana suami lebih suka saya tinggal di rumah menguruskan anak-anak dan rumahtangga. mula-mula berhenti memang rasa bosan lagi pun biasa pegang duit sendiri. hehe... tetapi sekarang syukur seadanya.
- gemar mencuba resepi baru yang diambil dari blog masakan rakan-rakan yang lain.
- sedang cuba mendapatkan lesen memandu, setakat ini hanya lulus ujian memandu di jalanraya sahaja. ujian bukit dan parking gagal. insyaAllah, Khamis ini test lagi. doa-doakan agar saya melepasi ujian II ini. hehe...
- sekarang menetap di kuching, mengikut suami yang bertugas di sini. amat berharap agar dapat berpindah ke semenanjung semula dan tinggal berdekatan dengan adik beradik dan bapa.
- semasa anak-anak masih kecil saya gemar mengumpul resepi hingga sering diperli suami, akhirnya saya jauh hati, hehe... sekarang suami tidak terkata bila ada sahaja resepi baru yang saya masak dan saya cuba masak menu yang kena pada selera suami.
-hati berbunga dan hilang rasa penat bila lihat anak-anak dan suami begitu berselera menikmati masakan saya.
3. Berikan kepada 15 orang teman-teman yang baru saya jumpa.
- saya berikan award ini kepada semua pelawat blog saya jika sudi. hendak cari 15 orang agak sukar sebab ramai kawan yang sibuk dengan tugas masing-masing dan ada yang berblogging jika punya masa lapang termasuklah saya. hehe....

Diharap Norlie dan Noorsafone berpuashati dengan syarat-syarat yang telah saya tunaikan seadanya ini. Terima kasih sekali lagi...

Sunday, January 16, 2011

AWARD DARIPADA ILAHJY


: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::
PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.
FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Award di atas saya terima daripada blogger kak ilahJY. Lama juga saya tidak menerima award sebab blog saya ini pun agak lama terbiar tidak diusik. Kesibukkan berpindah, menyesuaikan diri di tempat baru dan bermulanya persekolahan anak-anak membataskan kesempatan saya untuk bersantai-santai di depan pc mahu pun laptop.
Ribuan terima kasih pada kak ilah atas kesudian beliau memberikan award ini. Walaupun kami tidak pernah berjumpa tetapi terasa dekat di hati bila saya mula mengunjungi, membaca tulisan dan menjamu mata di blog beliau.
Moga persahabatan kami di alam maya ini diberkati Allah dan berpanjangan selamanya....

Thursday, June 24, 2010

AWARD DRP CEKWA



Assalamualaikum semula. Sudah agak lama saya tidak mengemaskinikan blog saya. Sekembalinya dari kampung rasanya hilang semua ilham hendak berblogging. Alhamdulillah, bila teringat award daripada CekWa yang belum sempat saya ambil saya pun mulalah menulis semula...


1. Copy badge 'beautiful blogger' award ini.
- dah buat seperti yang dikehendaki

2. Ucap terima kasih dan letak link entri pemberi award tersebut.
- Terima kasih banyak buat CekWa yang sudi memberi award ini kepada saya. Saya amat menghargainya dn mudah-mudahan dengan keizinan Allah SWT kita dapat berjumpa dan mengeratkan silaturrahim yang terjalin di alam maya ini. Link blog CekWa ialah http://9w2waa.blogspot.com/.

Sunday, June 13, 2010

AWARD DAN TAG DRP MAMAHAWA S'PORE

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali ini saya menerima award dan tag daripada mamahawa, s'pore pula. Ada masa ini saya siapkanlah tagnya. Terima kasih mamahawa....


Tag
1. Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang?
..masalah anak di sekolahnya.

2. Nama samaran kamu?
- saya tiada nama samaran, lagi pun nama saya pun ringkas sangat. hehe...

3. Berikan tiga orang kamu sayang
- suami, anak-anak dan yang pastinya arwah emak dan bapak.

4. Panggilan utk si dia
- abang
- kadang-kadang ayah

5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
- saya tidak pernah mengimpikan hadiah dari suami dan anak-anak, cukuplah dengan perhatian dan kasih sayang. suami yang soleh dan anak-anak yang soleh dan solehah. sekiranya birthday, hari ibu atau ulangtahun perkahwinan saya cukuplah dengan sekadar ucapan tanda ingatan....

6. Blog mana yang korang suka follow
- semua blog yang boleh menambah ilmu, tidak kiralah ilmu agama, ilmu memasak dan lainnya...

7. Bagi award ni kat 15 blogger lain dgn pernuh penghormatan:
- ramai sebenarnya, oleh kerana malam telah larut dan mata pun hampir tertutup saya tangguhkan dulu menaipnya jadi tunggu......:))

Sunday, May 9, 2010

2 AWARD DARIPADA YATIE US





Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan semua. Kepada yang bergelar ibu, 'Selamat Hari Ibu' diucapkan. Moga dipermudahkan urusan kita sebagai ibu oleh Allah SWT. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita suami dan anak-anak yang mudah diurus juga. Ringkas sahaja doa ini tetapi amat mendalam maknanya bagi saya.
2 hari lepas saya terima lagi award daripada Yatie yang berada jauh nun di US. Berbanyak terima kasih diucapkan atas ingatan beliau terhadap saya. Hari ini saya baru sempat mengambil award-award itu dan meletakkannya di sini. Terima kasih sekali Yatie, moga silaturrahim yang terjalin bertambah erat hendaknya.

Tuesday, May 4, 2010

AWARD LAGI DARIPADA SU MERSING...



Assalamualaikum dan selamat malam. Saya dapat award lagi dari Su Mersing. Terima kasih saya ucapkan buat Su yang rajin memberi award kepada saya. Tentu saya ini sering berada dalam ingatannya. Hehe... Cantik betul apron pink ini. Kalau dapat yang betul pasti sayang hendak menggunakannya dan digantung sebagai perhiasan tanda kenangan...
Sebenarnya saya bukanlah pandai sangat memasak. Lauk pauk dan kuih muih biasa-biasa sahaja yang selalu saya letak untuk setiap entri. Blog saya ini pun hanya suka-suka demi memenuhi masa senggang saya. Namun dengan adanya blog ini saya punya ramai kawan walaupun hanya di alam maya. Mudah-mudahan silaturrahim yang terjalin berpanjangan hendaknya...

3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
- mestilah asam pedas
- sambal tumis
- kerutup ikan

3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
- puding roti bersos kastard
- puding coklat
- pelbagai jenis bubur/pengat

3 jenis biskut kegemaran time raya
- tart gulung
- biskut makmor
- biskut badam

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
- nurindah
- E-na Zarina
- kak asma

Monday, May 3, 2010

AWARD LAGI DARIPADA SU MERSING


1) Siapakah kawan baik anda?
- Saya berkawan baik dengan semua orang yang ikhlas dan tulus hatinya dalam persahabatan. Salah seorang daripadanya adalah Maziah Mohamed.

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
-KENANGAN MANIS
- Tidur sekatil bujang semasa tinggal di asrama.
- Kami sering berpegangan tangan sewaktu jalan beriringan (bukan lesbian tau)
-Kami selalu bertukar-tukar kuning telur dan putih telur sewaktu makan tengahari ketika kami tinggal di asrama. Kuning telur untuk beliau dan putih telur untuk saya. Hehe...

-KENANGAN PAHIT
- Ketika beliau berkahwin saya memang sedih sangat tidak tahu mengapa.
- Ketika berselisih faham.
-Suaminya tidak berapa ngam dengan saya sebab kami pernah bergaduh sehari sebelum beliau berkahwin dengan sahabat saya itu.



3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda, apakah yang akan anda katakan padanya
- Apalah yang boleh sangat dikatakan dalam masa 1 minit ini. Kejam betul la. Haha... Saya akan katakan nanti saya akan telefon, sms, fb. Rindunya sudah lama tidak berjumpa. Mahu menitis air mata saat itu. Huhu...


4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
- Yatie US yang cun tu. Kali ini giliran saya mendera dia. Hehe...
- Izzah Daut yang pandai membuat muffin
- Azatie yang penyayang

Sebenarnya semua rakan-rakan saya di alam maya ini mampu menjadi sahabat yang baik. Kalau boleh saya hendak tag mereka semua tetapi tugasan ini mengkehendaki saya memilih tiga orang rakan sahaja. Harap yang lain tidak terasa hati. :))

AWARD DARIPADA IZZAHDAUT

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Award kali ini saya terima dari adik Izzah yang pandai buat muffin ini. Terima kasih banyak diucapkan atas kesudian beliau menghadiahkan award ini kepada saya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dirahmati Allah SWT dan silaturrahim yang terjalin di antara kami berpanjangan selamanya. AMIN...

Friday, April 23, 2010

AWARD DARIPADA AZATIE


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Dapat award lagi dari teman blogger, azatie. Cantik sungguh jambangan bunga mawar ini. Warnannya terang, merah menyala umpama biji saga. Terima kasih azatie atas tanda ingatan ini. Moga silaturrahim yang terjalin antara kita terus membara hingga bila-bila...

AWARD DARIPADA E-NA ZARINA


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Award Tulip ini saya terima dari blogger E-na Zarina dari Lovely Kitchen. Cantik sungguh bunga-bunga tulip kuning dan merah yang sedang berkembang ini. Buat E-na, terima kasih kakak ucapkan di atas tanda ingatan ini. Mudah-mudahan ikatan silaturrahim ini akan terus mekar dan berpanjangan.

Saturday, April 10, 2010

AWARD DARI SHIELA


Assalamualaikum dan selamat petang. Award ini pula adalah hadiah dari Shiela yang pandai dan rajin memasak tu. Satu hari bermacam-macam jenis masakan dia pulun habis. Kalau saya memang tak larat rasanya. Lebih-lebih lagi dengan kesihatan yang tidak menentu ni. Dalam kepala tersenarai panjang resepi yang hendak dicuba tetapi kudrat pula tiada. Tadi pun niat di hati hendak membakar roti tetapi badan rasa tidak selesa dan tekak terasa sakit semula. Inilah gara-gara selsema belum pulih dah meneguk air kelapa berais. Saya memang kurang gemar minum ais tetapi semalam oleh kerana terlampau haus saya pun minumlah. Lupa pula hendak pesan pada suami supaya peniaga air tu letak ais sedikit sahaja. Selalunya saya minum air mineral, RO atau air plain je. Apa pun buat Shiela, saya amat menghargai award dari Shiela ini, terima kasih banyak di atas tanda ingatan ini...

AWARD DARI SU MERSING



Assalamualaikum dan selamat petang. Award ke 2 yang saya terima dari Su Mersing. Terima kasih su. Raya ni akak nak pakai yang warna merah sebab warna yang akak suka zaman anak dara dulu. Hehe... Tapi sekarang ni dah rasa malu nak mengenakan warna merah seiring dengan usia yang makin meningkat. Kalau tiara ni rasanya boleh. Hehe... Apa pun terima kasih atas tanda ingatan...

Sunday, March 28, 2010

AWARD DARI YATIE USA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya dapat award lagi dari blogger yang cantik dan rajin sangat memasak ini, yatie memories. Terima kasih yatie di atas tanda ingatan dan penghargaan yang diberikan. Mudah-mudahan ikatan silaturrahim kita di alam maya ini akan berpanjangan di alam nyata pula. AMIN...

Saturday, March 27, 2010

AWARD DARI UMILLIYA


Assalamualaikum dan selamat malam. Award ke 3 ini saya terima dari blogger umiliya. Terima kasih diucapkan. Umiliya, maaf sebab kak anis hanya dapat ambil award ini sahaja tanpa dapat melengkapkan tugasan yang ada. Lain kali ada masa, insyaAllah akan cuba diselesaikan. Sudah agak lama umiliya meninggalkan pesanan agar mengambil award ini di blog beliau. Kasihan pula padanya yang telah bersusah payah menberi award ini dan saya pula berlama-lama mengambilnya. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi atas tanda ingatan dan penghargaan ini.

Wednesday, March 17, 2010

AWARD DARI INNA DARI SUDUT JANELAKU


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Award ini saya terima dari kakak saya Inna dari blog 'dari sudut janelaku'. Terima kasih Ne. Beliau merupakan anak ke 6 dan saya pula anak ke 7 dari 9 adik beradik. Ini adalah award ke dua yang saya terima setelah menyertai dunia berblog ini. Blog saya ini juga adalah hasil kreativiti beliau. Saya tinggal letak entri sahaja. Noor Syuhadah, anak saya yang sulung juga rajin membantu dan mengajar saya. Alhamdulillah dengan adanya blog ini, masa senggang saya terisi. Sahabat alam maya bertambah ramai dan ilmu memasak pun berkembang juga. Terima kasih buat Inna, Amar dan Wardah yang amat saya sayangi. Walau jauh di mata tetapi tetap sentiasa di hati...

Saturday, March 13, 2010

HONEST SCRAP AWARD DARI KAKSU72


This award came with request to share 10 honest truths about me...

Assalamualaikum dan selamat malam rakan-rakan semua. Hari ini bumi Kota Bharu terus dibasahi hujan, sejuk mula terasa mencengkam hingga ke tulang hitam. Alhamdulillah. Hari ini saya bercuti memasak. Sepanjang hari menemani suami melangsaikan urusan di luar dan sebelah petang membawa ke malam pusing-pusing Kubang Kerian dan ke pejabat suami pula. Memang agak memenatkan. Sebentar lagi perlu menggosok pakaian kerja suami pula.
Sementara ada masa dan idea ini bolehlah menyiapkan tugasan yang diberi oleh kaksu72. Itu pun kena merujuk blog teman-teman yang lain sebab memang tidak pandai dan baru hendak belajar.
10 fakta ringkas tentang diri saya ialah:
1. Saya orangnya sangat simple dan tidak pandai bergaya. Syukur sebab suami pun sama. Yang
penting penampilan mesti kemas dan bersih.
2. Saya suka memasak dan mencuba resepi baru, tidak kiralah kuih-muih atau lauk-pauk.
3.Saya seorang yang pemalu dan sukar bergaul jika belum kenal seseorang.
4.Saya tidak suka keadaan rumah yang bersepah tetapi tidak dapat mengelakkan keadaan ini
sebab anak lelaki saya memang suka sangat menyepah. Hehe...
5. Saya tidak suka membelibelah barang-barang yang tidak perlu tetapi saya suka 'window
shopping' terutamanya pinggan mangkuk.
6. Saya gemar jalan-jalan dan makan angin bersama keluarga. Maklumlah saya seorang surirumah yang sebahagian besar masa saya dihabiskan di rumah.
7. Saya sangat suka budak-budak terutama bayi. Seronok sangat kalau dapat cium dan peluk-
peluk mereka.
8. Saya sangat rindukan masa gadis saya bersama adik-beradik dan terutama sekali arwah
emak. Sekarang ini waktu yang saya nanti adalah ketika dapat berkumpul dengan adik beradik saya yang seramai 9 orang walau hanya setahun sekali.
9. Kadang-kadang saya juga seorang yang moody, sensitif dan sentimental. Huhu...
10. Saya suka memastikan ruang dapur saya sentiasa kemas dan perkakas memasak siap dicuci dan tersusun rapi setelah memasak.
Selesai sudah tugasan yang diberikan oleh Su ( sampai tidak sedar tersms pukul 1 pagi. Hehe...).
Apa pun terima kasih buat Su sebab ini juga merupakan tanda yang Kak Anis ini sentiasa dalam ingatan Su. Hehe...