Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Friday, November 2, 2012

ROTI - dari doh cinnamon pull apart bread



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pagi Jumaat yang serba lembab, sejuk, nyaman dan berkat. Hujan renyai-renyai dengan matahari malu-malu bersinar diliputi gelap awan. Hehehe... Ok, entri tentang roti pula. Anak-anak memang suka roti yang berserbuk kayu manis ini. Untuk dohnya saya ambil dari resepi 'cinnamon pull apart bread'. Resepi asal saya ambil di Joy the Baker.

Rasanya memang sedap dan teksturnya amat lembut dengan aroma kulit kayu manis yang sangat harum.


Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
2 1/4 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar butter
1/3 cawan susu segar
1/4 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Untuk inti:
1/2 cawan gula halus
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Cara-caranya:

1. Saya gunakan breadmaker jadi saya masukkan semua bahan-bahan di atas. Bahan-bahan cecair di bahagian bawah sekali, kemudian masukkan tepung, gula dan yis. Untuk garam jarakkan dari yis semasa menuangnya di dalam bekas pengadun. Tekan 'on' dan biarkan mesin membuat segala kerja hingga 'off' sendiri.
2. Keluarkan doh, gelek rata dan taburkan gula halus yang telah digaul bersama serbuk kayu manis terlebih dahulu tadi.
3. Gulung rapi dan bentukkan ikut suka. Biarkan doh naik dalam setengah jam.
4. Bakar pada suhu 180C sehingga masak.
5. Sapukan mentega pada atas roti  sejurus roti masak dan keluar dari ketuhar.
6. Biarkan suam barulah dihiris.

Thursday, July 5, 2012

ROTI NAIK COKLAT

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Untuk membuat roti naik coklat ini saya gunakan resepi roti naik Tok Mak, cuma tambahkan 1/3 cawan koko van houten dan sedikit lagi gula sahaja. Rasanya seperti memakan kek coklat dan sesuai sangat untuk dicuba oleh penggemar-penggemar coklat. Hehehe... 

Resepi seperti di bawah:

ROTI NAIK PAHANG......resipi Tok Mak.....
...
1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA + 2 SB GULA
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.mama guna cap Lily
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER
1/3 CAWAN KOKO VAN HOUTEN

Mama guna mixer biasa.. tak guna Bread Maker..
Masukkan semua bahan2 kecuali marjering dan shortening tu..
Uli sehingga agak-agak sebati masukkan majerin dan shortening.
Uli lagi sehingga nampak dia tak melekat di mangkok .. tp melekat juga di jari... hehehe

Bahagi doh pada 30 gm dan bulat2kan atau ikut laa nak buat macam mana pun.. 

Panaskan ketuhar dengan suhu 180C dan bakar lebih kurang 45 minit atau hingga masak.
Untuk ketuhar saya bagi 10 minit terakhir saya hanya gunakan api bawah sahaja dengan suhu yang sama.

Selamat mencuba.:D

MONKEY BREAD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Satu lagi roti yang juga telah lama saya simpan gambarnya dalam kamera saya. Monkey Bread, rasanya memang sedap di samping teksturnya yang gebu seperti kapas. Resepi saya ambil terus dari blog Kak Nor Secubit Garam di sini, berbanyak terima kasih Kak Nor sebab sudi berkongsi resepi roti yang enak ini.

MONKEY BREAD
Source : POOK san DAILYDELICIOUS
Terjemahan : ARAH
sumber : K.Nor

Ingredients :(Makes 1 (18cm tube pan) )
240g Bread flour (240g Tepung Roti atau gandum pun ok)
60g Cake flour (60g Tepung Kek)
5g Instant yeast ( 5g Serbuk Yis)
20g Granulated sugar (20g Gula)
4g Salt (4g Garam)
1 Egg yolk (1 biji kuning telur)
175g Water (175g Air)
20g Butter (20g Mentega)
40g melted butter (40g Butter di cairkan)
40g Walnut (40g Kacang Walnut)
70g Light brown sugar (70g Gula Perang light>>yg ni kita gunakan gula perang biasa) ~ sama dgn ika
1 Egg white (1 biji Telur putih) ~ k.nor lebihkan 1/2 biji lg putih telur

Method : Cara-cara
Mix together egg yolk and water. (Campurkan bersama kuning telur dan air)
Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl. (Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)
Mix together egg yolk and water. (Campurkan bersama kuning telur dan air)
Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl. (Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)

Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together (add more water if the dough's too dry). ( Dengan Menggunakan senduk atau whisk, kacau adunan tepung tadi sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sebati sekali lagi. Masukkan campuran air dgn kuning telur tadi sedikit2 ke dalam adunan tepung tadi dan sehingga boleh menguli, tambahkan air jika adunan terlalu kering)

Take the dough out of the bowl and knead( Keluarkan doh dr dlm mangkuk dan menguli kembali di atas papan pencanai atau meja yg dah dibersihkan terlebih dahulu dan mula menguli kembali), you will see the dough will be elastic after about 2 minutes.(Utk proses ini, anda akan lihat doh akn menjadi elastic dlm masa 2 minit)>>yg ni mmg betul :D
Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough.(Tambahkan mentega, gunakan belakang tapak tgn utk memampatkan dan tolak doh tadi sehingga doh betul2 elastik, licin dan berkilat)
Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny. (Sambung menguli sehingga 10-15 minit lagi utk mendapatkan doh yg betul2 lembut dan elastik)
See how to knead bread, here.(boleh lihat step by step menguli doh tadi kat blog dailydelicious)
Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature).(Letakkan doh yg telah di uli tadi ke dlm mangkuk yang telah disapukan mentega terlebih dahulu. Tutup dgn cling wrap di tempat yg hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam bergantung keadaan suhu luar)

Preheat the oven to 150°C.( Pansakan oven dgn suhu 150c)

Roast the walnut for 10minutes, until fragrance, let it cool. (Bakar kacang walnut tadi selama 10 minit sehingga naik bau dan biarkan sejuk)

Put the nut and light brown sugar into the food processor and process until powdery.(Masukkan walnut dan gula perang tadi ke dalam food processer atau blender kering dan prosess sehingga hancur)

Preheat the oven to 180°C. (Panaskan Oven dgn suhu 180c)
Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier).(Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuwai. Seelok eloknyer boleh gunakan loyang yg boleh terpisang antara lantai dan bdannya>>tak tahu nak sebut apa ehehe)

Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)

Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls. (Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis)
Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white. (Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam 1. Mentega yg dicairkan 2. Campuran gula perang dan walnut yg telah di prosess td 3. Putih telur)
Then place them in prepared pan.( Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)
Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes(Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)
When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil.(Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bhgn atas roti telah perang tetiba waktu memasak belum selesai boleh tutupkan bhgn atas dgn alumunium foil utk mengelakkan roti hangus)
Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier).(Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuwai. Seelok eloknyer boleh gunakan loyang yg boleh terpisang antara lantai dan bdannya>>tak tahu nak sebut apa ehehe)

Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)

Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls. (Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis)

Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white. (Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam 1. Mentega yg dicairkan 2. Campuran gula perang dan walnut yg telah di prosess td 3. Putih telur)

Then place them in prepared pan.( Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)
Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes(Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)

When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil.(Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bhgn atas roti telah perang tetiba waktu memasak belum selesai boleh tutupkan bhgn atas dgn alumunium foil utk mengelakkan roti hangus)

Let the rest in the pan for 10-15 minutes, then remove from the pan and let it cool on a wire rack.(Keluarkan roti tadi dan biarkan sejuk lebih kurang 10-15min kemudian boleh keluarkan roti tadi dan letak di atas rack)
Or, serve piping hot from the oven, it will be fun to eat ^^.(atau boleh hidangkan panas2 dr oven, selamat mencuba!)

* K.Nor guna square pan (8") aje. Utk memudahkan masa nak mengeluarkan roti yg dh siap dibakar tadi tu, K.Nor alas loyang dgn foil (lebihkan bahagian tepi). Sapu foil dgn sedikit butter supaya karamel yg terhasil dr gula perang tak melekat pd foil.

CINNAMON PULL APART BREAD

Assalamualaikum, Salam Nisfu Syaaban dan selamat sejahtera semua. Lama sungguh saya tidak membuat sebarang entri terbaru di sini. Hari ini ada sedikit kelapangan dan pc pun sedang menganggur. Lama sudah saya buat roti cinnamon pull apart bread ini. Ramai juga kawan-kawan blogger yang telah mencuba dengan jayanya. Bagi saya pula oleh kerana tidak membaca arahan membuatnya pada bahagian akhir maka jadilah susunan yang tidak betul semasa doh roti ini saya masukkan dalam loyang. Nampak pelik sahaja rupanya. Hehehe...
Untuk resepi boleh rujuk di blog Kak Nor di sini, blog Ika di sini dan blog Shiela di sini.

Resepinya saya terus copy and paste dari blog Shiela. Terima kasih Shiela.:D

RESEPI CINNAMON PULL APART BREAD
Resepi: Joy the Baker
Sumber: Ijayuji

Bahan-bahan
Untuk Doh
  • 2 3/4 cwn campur 2 sb tepung
  • 1/4 cwn gula kasar
  • 2 1/4 sk yis
  • 1/2 sk garam
  • 4 sb butter
  • 1/3 cwn susu penuh krim@susu segar
  • 1/4 cwn air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sk vanilla extract
Untuk Filling
  • 1 cwn gula kasar@gula perang
  • 2 sk serbuk kayu manis (cinnamon)
  • 1/2 sk serbuk buah pala (nutmeg) - tak letak ~Sheila tambah serbuk koko
  • 4 sb butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Cara-cara
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cwn tepung, gula, yeast, dan garam. Ketepikan
  • Pukul telur, ketepikan
  • Dalam kuali kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  • Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi.
  • Tambah 3/4 cwn tepung, dan uli sehingga sebati. Doh ini mmg melekit sedikit. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang dah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. >>yg ni kita tak ikut terus guna doh utk buat roti tadi.

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.


Thursday, June 14, 2012

CINNAMON BANANA BREAD CHOCOLATE CHIPS

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Resepi roti pisang yang tidak rugi untuk dicuba. Senang hendak dibuat dan cepat pula siapnya. Sedap juga dimakan. Mudah  seperti memasak mee maggi caranya.:D Resepi asal saya ambil di sini. Banyak yang saya ubah mengikut kesesuaian bahan-bahan mentah yang saya ada. Jom kita jamu mata dulu....

Bahan-bahannya:

11/3 cawan tepung roti
5 biji pisang lemak manis
2/3 gula pasir
1/2 sk serbuk baking soda
1/2 sk baking powder
2 biji telur
5 sb minyak jagung
3/4 sk garam halus
1/2 sk serbuk kulit kayu manis
1/2 cawan cip coklat

Cara-caranya:

1. Lenyek pisang bersama gula hingga hancur.
2. Pukul telur sekadar sebati sahaja dan masukkan ke dalam campuran pisang. Kacau sebati,
3. Masukkan minyak jagung dan kacau lagi.
4. Ayak tepung roti bersama baking soda, baking powder, serbuk kulit kayu manis dan garam halus.
5. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam campuran pisang lenyek dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan cip coklat. Gaul sebati.
Lenserkan acuan dengan minyak jagung dan masukkan adunan roti ke dalamnya.
6. Bakar dengan suhu 180C hingga roti keperangan coklat dan masak.
7. Sejukkan dahulu barulah dipotong.

Selamat mencuba buat yang sudi.:D

Wednesday, June 13, 2012

ROTI NAIK

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Jom kita cuci mata dengan roti naik-roti naik ini. Resepi saya ambil dari sini. Terima kasih buat Mamazieza dan Tok Mak yang saya kenali melalui group masakan di muka buku. Resepinya saya pun terus copy dan paste terus dari blog beliau.:D


ROTI NAIK PAHANG......resipi Tok Mak.....
...
1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.mama guna cap Lily
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER

Mama guna mixer biasa.. tak guna Bread Maker..
Masukkan semua bahan2 kecuali marjering dan shortening tu..
Uli sehingga agak-agak sebati masukkan majerin dan shortening.
Uli lagi sehingga nampak dia tak melekat di mangkok .. tp melekat juga di jari... hehehe

Bahagi doh pada 30 gm dan bulat2kan atau ikut laa nak buat macam mana pun.. Mama ni Che Las.. hehehe

Saturday, April 14, 2012

ROTI LAGI...



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Entri tentang roti lagi. Anak-anak kalau saya meroti memang suka sebab itu saya agak rajin mengguli. Walaupun hanya mengguli dengan tangan tetapi rasa seronok bila tengok roti yang direhatkan naik berganda begitu juga ketika sedang dan siap dibakar. Anak-anak pula sibuk bertanya,"dah siap mak? boleh makan tak?".

Untuk doh roti ini saya gunakan resepi Yatie lagi. Terima kasih diucapkan. Yatie menggunakan doh ini untuk roti jejari bawang putih tetapi saya tukarkan jadi intinya kepada kulit kayu manis, gula perang dan mentega. Buat seketul besar untuk anak-anak berbuka puasa. Sukanya mereka, alhamdulillah.

Resepinya macam biasa saya salin dan letakkan terus dari blog Yatie. Terima kasih sekali lagi berkongsi resepi roti yang enak dan gebu ini. Hanya Allah jualah yang dapat membalasnya. Amin.

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sb yis
1 st garam
2 sb gula
2 sb minyak zaitun

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali minyak zaitun dalam mangkuk besar. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
2. Masukkan minyak zaitun dan uli lagi.
3. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda dan tutuplah mangkuk dengan tuala lembab yang bersih.
4. Bila doh sudah naik sekali ganda tumbuk-tumbuk untuk buang angin dan uli semula.
5. Canai doh tadi secara melebar dan sapukan mentega di atasnya. Taburkan serbuk kulit kayu manis bercampur gula perang secara merata di atas permukaan doh tadi. Gulung rapi.
6. Gris loyang dengan mentega dan letakkan doh tadi di dalamnya. Rehatkan sekali lagi hingga naik sekali ganda.
7. Bakar dengan suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak di dalam ketuhar.
8. Apabila masak, sapukan lebihan mentega di atasnya dan taburkan gula.

Untuk inti kulit kayu manis:

2 sk serbuk kayu manis}
1/4 cwn gula perang } campurkan sebati
1/4 cawan mentega


Saturday, April 7, 2012

ROTI MANIS TABUR KEJU LAGI...



Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Roti manis tabur keju lagi. Kali ini saya tabur dalam kuantiti yang banyak untuk menghabiskan keju yang ada. Resepi seperti mana entri yang lepas cuma saya tambahkan sebiji telur di dalamnya.

Bahan-bahannya:

500 gram tepung
1/2 cawan gula
secubit garam
1 biji telur
1/4 buku butter
3 sudu makan susu tepung
1 paket ibu roti
2 sudu besar gula
air suam secukupnya
3 sudu besar water roux
1/2 cawan parutan keju

Cara-caranya:

1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula, mentega, garam, susu tepung, telur dan water roux. Gaul sebati.
2. Larutkan 2 sudu besar gula dengan air panas, kemudian campurkan sedikit air sejuk dan masukkan ibu roti. Kacau larut dan biar naik berbuih.
3. Bila larutan ibu roti sudah naik masukkan ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh yang cantik dan tidak melekat pada jejari tangan.
5. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda, tutup doh tadi dengan tuala dapur lembab.
6. Bila doh telah naik, tumbuk-tumbuk dan uli semula dengan lembut.
7. Bahagikan beberapa bahagian dan bulat-bulatkan cantik. Susun di atas acuan loyang yang telah dilenserkan terlebih dahulu dengan butter.
8. Apabila doh telah naik sekali ganda bakar dalam oven pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga masak.
9. Apabila roti telah masak sapu dengan butter dan tabur dengan gula halus di atas permukaannya.

*untuk roti ini saya sapukan di atas permukaannya dengan telur, kemudian tabur gula dan parutan keju sejurus sebelum dibakar*

Sunday, February 19, 2012

ROTI NAIK MANIS TABUR KEJU




Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hujung minggu ini saya dan anak-anak hanya bersantai di rumah. Masak pun santai-santai juga janji perut terisi. Suami pula sibuk mengikuti lawatan Dato' Ismail Sabri ke Kuching sebagai sebahagian dari tugas beliau. Namanya pun 'goverment servant'. Makan tengahari, minum petang dan makan malam semua sudah tersedia untuk beliau jadi yang di rumah ini pun makan ringkas saja. Hehe...
Roti ini roti naik manis biasa yang saya buat cuma saya taburkan atasnya dengan parutan keju sahaja. Resepi seperti di bawah...

Bahan-bahannya:

500 gram tepung
1/2 cawan gula
secubit garam
1/4 buku butter
3 sudu makan susu tepung
1 paket ibu roti
2 sudu besar gula
air suam secukupnya
3 sudu besar water roux

Cara-caranya:

1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula, mentega, garam, susu tepung dan water roux. Gaul sebati.
2. Larutkan 2 sudu besar gula dengan air panas, kemudian campurkan sedikit air sejuk dan masukkan ibu roti. Kacau larut dan biar naik berbuih.
3. Bila larutan ibu roti sudah naik masukkan ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh yang cantik dan tidak melekat pada jejari tangan.
5. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda, tutup doh tadi dengan tuala dapur lembab.
6. Bila doh telah naik, tumbuk-tumbuk dan uli semula dengan lembut.
7. Bahagikan beberapa bahagian dan bulat-bulatkan cantik. Susun di atas acuan loyang yang telah dilenserkan terlebih dahulu dengan butter.
8. Apabila doh telah naik sekali ganda bakar dalam oven pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga masak.
9. Apabila roti telah masak sapu dengan butter dan tabur dengan gula halus di atas permukaannya.

*untuk roti ini saya sapukan di atas permukaannya dengan telur, kemudian tabur gula dan parutan keju sejurus sebelum dibakar*

Friday, December 9, 2011

FOCACCIA



Assalamualaikum dan selamat tengahari. Sedap rasa roti focaccia ini. Topping atasnya macam-macam boleh letak, ikut selera masing-masing. Lagi sedap jika focaccia ini dilenyek nipis dan dibakar lama sedikit sebab teksturnya akan lebih rangup.
Untuk topping boleh buatkan seperti topping pizza, atau hanya letakkan hirisan tomato, bawang besar ataupun hirisan sosej.
Resepi saya ambil dari blog orang putih. Jom kita kongsikan di sini...

Bahan-bahannya:

1 sb gula
10 gm yis kering
80 ml air suam - saya tambah lagi
450 gm tepung gandum
2 sb minyak zaitun
secubit garam laut
keju parut dan gula - untuk topping

Cara-caranya:

1. Larutkan gula dalam air suam kemudian larutkan yis pula. Rehatkan hingga larutan yis naik dan berbuih-buih.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, garam laut dan minyak zaitun. Gaul sebati.
3. Tambahkan air suam sedikit demi sedikit dan mulalah menguli hingga menjadi doh. Saya tambahkan air lagi sebab kuantiti 80 ml tidak mencukupi. Biarkan doh sedikit melekit.
4. Ambil mangkuk besar lain dan sapukan dengan minyak zaitun. Letakkan doh tadi dan tutup dengan tuala lembab. Rehatkan selama lebih kurang 30 minit atau lebih hingga doh naik 2 kali ganda.
5. Uli lagi sekali dan lenyek atau tekankan dalam dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan minyak zaitun terlebih dahulu. Sapu permukaan roti dengan minyak zaitun dan tabur gula diikuti parutan keju.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20 - 30 minit bergantung pada ketebalan dan kerangupan yang dikehendakki dengan kepanasan 205C.

SCONE



Assalamualaikum semua. Lama sungguh saya tidak menjenguk blog dan membuat entri terbaru sedangkan setiap hari dapur saya berasap hingga kadang-kadang berkepul-kepul naik ke atas. Hehe...
Semalam buat scone. Resepi ambil dari blog orang putih. Sebelum buat scone ini saya banyak kali masuk blog masak-masak dan MyRecipe juga. Rasanya resepi dari perempuan inggeris ini lagi mudah untuk diikuti oleh saya. Jom kita kongsi...

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung all purpose ( saya guna superfine je )
1/3 cawan gula halus
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam laut
1 biji telur ( pukul manja )
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan mentega beku didadu kecil
1/2 cawan tairu ( saya campurkan sedikit jus limau dalam susu sebab tiada tairu )
1/2 cawan susu segar

Cara-caranya:

1. Dalam mangkuk besar gaul mesra tepung, serbuk penaik, garam laut dan gula halus hingga sebati.
2. Campurkan telur dengan vanilla dan curahkan dalam campuran tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan mentega yang didadu dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan tairu dan susu segar sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Saya tidak habiskan penggunaan tairu dan susu segar itu sebab letak setengah setiap satu pun sudah mencukupi.
5. Kalau doh lembik boleh simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
6. Keluarkan dan gelek memanjang. Kalau melekat taburlah dengan sedikit tepung dahulu di atas permukaan doh.
7. Terap dengan acuan bulat dan sapukan atasnya dengan lebihan susu segar yang dicampur dengan kuning telur. Bakarlah dalam ketuhar dengan kepanasan 200C selama 15-20 minit atau sehingga keperangan dan agak merekah scone itu tadi.
8. Bolehlah dihidang bersama jem strawberry, jem nenas, blueberry dan yang sewaktu dengannya.:))

Sunday, November 27, 2011

ROTI PISANG KISMIS BERKEJU



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Roti ini saya buat pakai hentam sahaja. Pisang ranum banyak, kismis banyak dan keju pun ada. Tepung hongkong pun saya tak tahu hendak dibuat apa. Akhirnya semua benda itu saya satukan untuk menjadi roti. Alhamdulillah, bolehlah dimakan juga. Hehe...
Jom kita lihat resepi sempoinya...

Bahan-bahannya:

4 biji pisang berangan ranum dilenyek
4 cawan tepung hongkong
1/2 cawan gula
1 paket yis kering
3 sudu besar susu tepung
1/4 buku mentega
1/2 cawan kismis
parutan keju secukupnya
air suam untuk menguli secukupnya

Cara-caranya:

1. Larutka 1 sudu besar gula dengan air suam dan masukkan yis. Kacau larut dan biarkan naik berbuih-buih.
2. Dalam mangkuk besar masukkan pisang lenyek, tepung, gula, susu tepung, kismis, mentega dan gaul sebati.
3. Masukkan yis yang telah naik tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan mulalah menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan elastik.
5. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda dan tutup mangkuk doh dengan tuala lembab.
6. Bila doh sudah naik, tumbuk-tumbuk dan uli semula. Kemudian bahagi-bahagikan beberapa bahagian dan bulat-bulatkan.
7. Susun dalam loyang yang telah digriskan mentega terlebih dahulu. Rehatkan lagi hingga naik 3/4 loyang dan taburkan dengan gula diikuti dengan parutan kasar keju.
8. Bakar dengan kepanasan 180C hingga masak keperangan.

Wednesday, August 24, 2011

ROTI JALA SUSU


r
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Roti jala ini saya beri nama roti jala susu kerana saya banyak menggunakan susu semasa membancuh tepungnya. Saja hendak menghabiskan susu segar di dalam peti sejuk. Dari dibiarkan menjadi basi dan masam sebaiknya saya gunakan sahaja. Hehe... Lagi pun rasa roti jala ini menjadi lemak berkrim, gurau saja. Hehe... Jom kita lihat resepinya:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
3 cawan susu segar
air - sekiranya adunan masih pekat
secubit garam
1 sb minyak jagung
1 biji telur
pewarna kuning
sedikit minyak masak
simpulan daun pandan

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar kecuali air, minyak masak dan daun pandan, gaul sebati. Sekiranya adunan tepung masih pekat tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan cair seperti yang dikehendaki.
2. Masukkan adunan ke dalam jug pengisar. Kisar adunan hingga halus.
3. Panaskan kuali, oles sedikit minyak masak menggunakan daun pandan dan jalalah adunan tepung tadi.
4. Bila permukaan roti jala sudah agak garing, angkat dan gulung atau lipat ikut kreativiti masing-masing.
5. Buat hingga adunan tepung habis dan bolehlah dihidangkan bersama kuah dal dan kari. Saya makan bersama kari kambing tanpa santan.


Monday, August 22, 2011

ROTI NAIK MANIS LAGI...



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Oleh kerana sambutan yang hangat dari anak-anak saya pun menguli roti lagi. Jemputlah En Daun, ambil beberapa ketul yang diinginkan. Hehe... Kali ini seusai keluar dari ketuhar dan siap-siap di sapu margerin dan ditabur gula halus, sessi 'pengambaran' pun bermula. Kebetulan waktu berbuka siapnya, anak-anak sudah memanjangkan tangan hendak mengambilnya.

Resepinya ada dalam entri yang lepas baru-baru ini, cuma saya gantikan water roux dengan bread softner. Hentam sajalah labu janji siap, sedap dan anak-anak suka....


Tuesday, August 16, 2011

ROTI NAIK MANIS



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Maaf sebab hanya dapat ambil gambar seketul bun roti naik manis ini saja. Lepas terawih tengok-tengok roti naik manis ini sudah hampir lenyap kewujudannya. Hehe... Suka betul anak-anak makan sampai sanggup tidak menjamah nasi. Aduhai... Jom kita lihat resepinya:

Bahan-bahannya:

500 gram tepung
1/2 cawan gula
secubit garam
1/4 buku butter
3 sudu makan susu tepung
1 paket ibu roti
2 sudu besar gula
air suam secukupnya
3 sudu besar water roux

Cara-caranya:

1. dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula, mentega, garam, susu tepung dan water roux. Gaul sebati.
2. Larutkan 2 sudu besar gula dengan air panas, kemudian campurkan sedikit air sejuk dan masukkan ibu roti. Kacau larut dan biar naik berbuih.
3. Bila larutan ibu roti sudah naik masukkan ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh yang cantik dan tidak melekat pada jejari tangan.
5. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda, tutup doh tadi dengan tuala dapur lembab.
6. Bila doh telah naik, tumbuk-tumbuk dan uli semula dengan lembut.
7. Bahagikan beberapa bahagian dan bulat-bulatkan cantik. Susun di atas acuan loyang yang telah dilenserkan terlebih dahulu dengan butter.
8. Apabila doh telah naik sekali ganda bakar dalam oven pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga masak.
9. Apabila roti telah masak sapu dengan butter dan tabur dengan gula halus di atas permukaannya.


Sunday, August 29, 2010

ROTI JALA DAN KARI DAGING BERKENTANG


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Jumaat dan Sabtu saya ke dapur hanya untuk masak nasi dan menyediakan minuman untuk berbuka. Hujung minggu ini jadual agak padat sebab sibuk membeli persiapan hari raya untuk anak-anak jadi saya tidak sempat memasak. Di mana-mana pasaraya dan jalan-jalan raya di Kota Bharu sesak dengan orang dan kereta. Gambaran biasa sewaktu Ramadhan hampir ke penghujungnya. Hendak atau tidak semuanya sudah menjadi hukum adat. Yang amat menyedihkan hati saya ini adalah Ramadhan yang terakhir saya dan keluarga di bumi Kota Bharu ini sebab suami akan bertukar kerja ke tempat lain selepas Syawal...

Roti jala dan kari daging ini merupakan hidangan berbuka kami minggu lepas. Biasalah kesibukkan membuat saya tidak berkesempatan membuat entri baru. Jom kita kongsi resepi roti jala...

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung
11/2 - 2 cawan air
1 cawan santan pekat
secubit garam
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
3. Panaskan kuali non stik dan gunakan acuan roti jala untuk mengirai adunan tadi. Buat hingga habis.



Kari daging berkentang ini saya buat lagi tanpa santan. Bahan-bahan dan cara-caranya saya buat sepertimana resepi kari daging kambing tanpa kentang. Sesiapa yang sudi dan berhajat mencuba resepi ini bolehlah merujuk entri saya yang terdahulu di bawah label lauk pauk.

Tuesday, August 24, 2010

ROTI GORENG


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Semalam saya buat roti goreng ala-ala cakui ini. Tepung roti banyak lagi dan kalau disimpan lama-lama takut keluar ulat tepung pula. Resepi campak-campak saja. Buat pun di akhir-akhir hendak masuk waktu berbuka. Anak-anak makan dengan madu dan kalau suka bolehlah ditabur gula icing di atasnya.



Bahan-bahannya:

21/2 cawan tepung roti
1 sudu besar yis kering
1 sudu besar susu tepung
secubit garam
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil bread improver
2 sudu besar minyak jagung
air suam secukupnya untuk menguli

Cara-caranya:
1. Masukkan bahan-bahan di dalam mangkuk besar kecuali air. Gaul rata hingga berderai.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang licin.
3. Rehatkan sebentar lebih kurang 30 minit. Canai doh tadi dan potong memanjang. Hiris atas permukanan roti tadi tapi jangan putus.
4. Panaskan minyak dan goreng garimg dengan api sederhana.

Tuesday, August 3, 2010

ROTI BENGGALI @ BAI VERSI BUN


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Semalam saya menguli tepung lagi untuk membuat roti. Maklumlah masa buat minggu lepas Syuhadah tidak merasa kerana berada di Langkawi. Kali ini saya ubah sedikit resepi yang lalu dan jadikan bun pula.



Lihatlah hasilnya, alhamdulillah memang seronok saya tengok. Gebu dan putih. Hamimah sahaja yang mengeluh sebab saya taburkan dengan bijan di atas bunnya. Suami saya yang tidak rajin merasa roti buatan saya pun teruja mencicah bun ini dengan air kopi o panas. Sedap pujinya dan boleh dijual. Jangan lupa resepi yang awak gunakan, pesannya lagi. Bukan senang En Hairul kita hendak memuji, biasanya kutuk yang lebih. Hehe...



Syuhadah kata besar dan bulatnya roti emak buat kali ini. Hehe... Hilang rindu dengan Syuhadah. Hari itu sewaktu menjemput dia pulang dari rombongan di sekolah, saya cium pipinya yang berisi itu, hehe... Rindu sungguh. Jom kita kongsi resepi lagi...

Bahan-bahannya:

400 gram tepung roti
1 biji kuning telur - gred A
13/4 sudu besar minyak jagung
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
secubit garam
1/2 sudu kecil bread improver
1 sudu besar gula *
1 sudu besar yis kering *
1/2 cawan air suam*
air suam secukupnya untuk menguli
1 biji putih telur + sedikit air - untuk glaze
sedikit bijan
sedikit margerin

Cara-caranya:

1. Larutkan bahan-bahan bertanda * dan rehatkan sehingga yis kembang.
2. Sementara itu dalam mangkuk besar masukkan gula, susu tepung, minyak jagung, kuning telur, tepung roti , bread improver dan secubit garam halus. Gaul sebati.
3. Bila yis telah kembang, masukkan ke dalam campuran tepung tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan mulalah menguli tepung hingga menjadi doh yang licin.
5. Rehatkan doh ini hingga naik sekali ganda dan tumbuk-tumbuk doh tersebut. Uli dengan lembut sekali lagi dan bahagikan kepada 8 bahagian.
6. Bulat-bulatkan setiap bahagian dan susun di dalam loyang yang telah digriskan dengan margerin terlebih dahulu.
7. Rehatkan sebentar biar doh tadi naik 3/4 loyang. Sapu putih telur secara merata dan tabur bijan di atasnya.
8. Bakar dengan suhu 190C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
10. Setelah masak sapukan sedikit margerin di atas bun tersebut.

Thursday, July 29, 2010

ROTI BENGGALI

potong dengan pisau sayur ni kurang cantik dan kemas la, mana nak cari pisau potong roti di kota bharu ni ya.:))

Assalamualaikum dan salam tengahari semua. Malam tadi saya menguli tepung untuk buat roti benggali ini. Cadangannya hendak dijadikan sarapan Hamimah sebelum ke sekolah, dan alhamdulillah sudah terlaksana. Saya menonton CSI Miami, CSI New York dan CSI Vegas sambil mencuri-curi menguli tepung. Mana boleh ketinggalan siri yang amat saya minati ini. Hehe...



Seperti biasa resepinya saya ambil dari internet. Saya lupa sumbernya tetapi ribuan terima kasih saya ucapkan kerana kesediaan tuan punya resepi berkongsi dan ini merupakan salah satu amal jariah juga yang ditinggalkan nanti. Jom kita panjang-panjangkan resepi ini...

Bahan-bahannya:

350 tepung berprotein tinggi
1 sudu besar margerin/mentega dicairkan
1 sudu besar yis kering
secubit garam
2 sudu gula castor
air suam secukupnya untuk menguli

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang licin.
3. Rehatkan doh sehingga naik sekali ganda iaitu lebih kurang 30 minit. Tumbuk-tumbuk doh tadi, uli sekali lagi dan bentukkan memanjang. Masukkan dalam acuan yang telah digris dengan margerin/mentega.
4. Rehatkan sekali lagi hingga doh naik 3/4 acuan.
5. Bakar dengan suhu 200C selama 15-20 minit atau sehingga masak (boleh menggunakan cake tester untuk mengetahui sudah masak ke belum)


Wednesday, July 21, 2010

PRETZEL LEMBUT

pretzel perasa kulit kayu manis

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pretzel lembut ini sudah tinggal kenangan. Ada yang pahit dan ada yang manis. Huhu.... Rasa malas benar hendak membuat entri tentang pretzel lembut ini tetapi nanti tiada pula cerita yang hendak dikongsi. Yang pahit dan yang manis biarlah tersimpan kemas di hati...


pretzel lembut tabur bijan

Pertama kali membuat pretzel dulu saya ada kesulitan hendak menggentel doh menjadi tali. Jadi saya teruja hendak melatih jari-jari menggentel doh sekali lagi. Nah, inilah hasilnya tetap sama. Huhu... Pretzel kali ini resepinya saya ambil dari MyR, terima kasih banyak Alma kerana pretzel ini membuatkan anak gadis sunti saya tidak berhenti mengunyah. Jom kita kongsi resepi pretzel lembut Alma ini...


pretzel lembut tabur gula

Bahan-bahannya:

11/4 cawan air
1 biji telur kuning
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil serbuk lada sulah
31/2 cawan tepung roti
1 sudu besar yis

Untuk glaze:
1 biji putih telur + 1 sudu besar air

Untuk topping:
sedikit bijan
sedikit campuran serbuk kayu manis dan gula halus*
sedikit gula halus*
sedikit margerin* saya tambah

Cara-caranya:

1. Masukkan tepung, kuning telur, gula, garam, serbuk lada sulah dan yis ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
2. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan ulilah adunan tadi hingga menjadi doh.
3. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda.
4. Tumbuk-tumbuk doh tadi dan uli sekali lagi.
5. Ambil sedikit doh dan gentel menjadi tali kemudian simpulkan. Buat hingga habis.
6. Sapukan putih telur di atas pretzel tadi dan taburkan bijan, campuran gula halus dan kulit kayu manis atau gula halus sahaja.
7. Bakar selama 20 minit dalam suhu 200C.
8. Sapukan pretzel tadi dengan margerin sebaik keluar dari oven supaya cantik berkilat.

* saya hanya gunakan tepung gandum, tambahkan 3 sudu besar susu tepung dan 2 sudu besar water roux. alhamdulillah memang sedap dan lembut...