Monday, April 16, 2012

MEE UDANG



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Mee udang ini saya buat Sabtu lepas, hari ini baru sempat kongsikan di sini. Alhamdulillah, menggunakan resepi che'iza dr myr ini memang sedap dan puas hati. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan.
Untuk resepinya saya salin dan letakkan terus dari myrecipe. Terima kasih buat che'iza.

Bahan-bahannya:

1 kg mee kuning
500 gram udang saiz besar
4 sb lada kering kisar
4 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 sb udang kering - rendam, tos dan kisar
1/2 inci halia kisar
2 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb petis
2 biji keledek kuning/kentang - rebus dan lenyek lumat
gula
garam
taugeh - celur, toskan
sawi - celur, toskan
2 keping tauhu - goreng, dadu kecil (saya tambah)
3 biji telur - rebus, potong 2 (saya tambah)
bawang goreng
daun bawang - hiris
3 batang cili merah - hiris (saya tambah)
3 biji limau kasturi - potong 2 (saya tambah)

Cara-caranya

  1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
  2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
  3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
  4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
  5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
  6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang, bawang goreng, hirisan lada merah, potongan tauhu goreng dan telur rebus. Perahkan jus limau kasturi kalau suka.
  7. Makanlah dengan kuah yang banyak baru umph.:))

Saturday, April 14, 2012

ROTI LAGI...



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Entri tentang roti lagi. Anak-anak kalau saya meroti memang suka sebab itu saya agak rajin mengguli. Walaupun hanya mengguli dengan tangan tetapi rasa seronok bila tengok roti yang direhatkan naik berganda begitu juga ketika sedang dan siap dibakar. Anak-anak pula sibuk bertanya,"dah siap mak? boleh makan tak?".

Untuk doh roti ini saya gunakan resepi Yatie lagi. Terima kasih diucapkan. Yatie menggunakan doh ini untuk roti jejari bawang putih tetapi saya tukarkan jadi intinya kepada kulit kayu manis, gula perang dan mentega. Buat seketul besar untuk anak-anak berbuka puasa. Sukanya mereka, alhamdulillah.

Resepinya macam biasa saya salin dan letakkan terus dari blog Yatie. Terima kasih sekali lagi berkongsi resepi roti yang enak dan gebu ini. Hanya Allah jualah yang dapat membalasnya. Amin.

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sb yis
1 st garam
2 sb gula
2 sb minyak zaitun

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali minyak zaitun dalam mangkuk besar. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
2. Masukkan minyak zaitun dan uli lagi.
3. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda dan tutuplah mangkuk dengan tuala lembab yang bersih.
4. Bila doh sudah naik sekali ganda tumbuk-tumbuk untuk buang angin dan uli semula.
5. Canai doh tadi secara melebar dan sapukan mentega di atasnya. Taburkan serbuk kulit kayu manis bercampur gula perang secara merata di atas permukaan doh tadi. Gulung rapi.
6. Gris loyang dengan mentega dan letakkan doh tadi di dalamnya. Rehatkan sekali lagi hingga naik sekali ganda.
7. Bakar dengan suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak di dalam ketuhar.
8. Apabila masak, sapukan lebihan mentega di atasnya dan taburkan gula.

Untuk inti kulit kayu manis:

2 sk serbuk kayu manis}
1/4 cwn gula perang } campurkan sebati
1/4 cawan mentega


KUIH BAKAR PANDAN



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kuih bakar ini saya buat beberapa hari yang lalu tetapi baru sempat hari ini saya kongsikan di sini.

Memang cukup rasa lemak, manis dan aroma wangi pandannya. Resepi saya ambil dari dapur Yatie. Terima kasih Yatie kerana berkongsikan resepi kuih bakar yang enak ini. Suami pun suka.:))

Resepinya saya salin dan letakkan terus dari blog Yatie.


Bahan- Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

Saturday, April 7, 2012

ROTI MANIS TABUR KEJU LAGI...



Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Roti manis tabur keju lagi. Kali ini saya tabur dalam kuantiti yang banyak untuk menghabiskan keju yang ada. Resepi seperti mana entri yang lepas cuma saya tambahkan sebiji telur di dalamnya.

Bahan-bahannya:

500 gram tepung
1/2 cawan gula
secubit garam
1 biji telur
1/4 buku butter
3 sudu makan susu tepung
1 paket ibu roti
2 sudu besar gula
air suam secukupnya
3 sudu besar water roux
1/2 cawan parutan keju

Cara-caranya:

1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula, mentega, garam, susu tepung, telur dan water roux. Gaul sebati.
2. Larutkan 2 sudu besar gula dengan air panas, kemudian campurkan sedikit air sejuk dan masukkan ibu roti. Kacau larut dan biar naik berbuih.
3. Bila larutan ibu roti sudah naik masukkan ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh yang cantik dan tidak melekat pada jejari tangan.
5. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda, tutup doh tadi dengan tuala dapur lembab.
6. Bila doh telah naik, tumbuk-tumbuk dan uli semula dengan lembut.
7. Bahagikan beberapa bahagian dan bulat-bulatkan cantik. Susun di atas acuan loyang yang telah dilenserkan terlebih dahulu dengan butter.
8. Apabila doh telah naik sekali ganda bakar dalam oven pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga masak.
9. Apabila roti telah masak sapu dengan butter dan tabur dengan gula halus di atas permukaannya.

*untuk roti ini saya sapukan di atas permukaannya dengan telur, kemudian tabur gula dan parutan keju sejurus sebelum dibakar*

Thursday, April 5, 2012

HATI LEMBU GORENG KUNYIT ALA KELANTAN



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Lama benar teringin hendak menikmati lauk hati lembu goreng kunyit seperti mana ketika saya tinggal di Kota Bharu dulu. Setelah meninggalkan Kelantan dan berhijrah ke Sarawak barulah saya sedar bahawa Kota Bharu menyediakan banyak pilihan makanan yang enak-enak. Pilih sahajalah yang mana berkenan di hati dan kena dengan selera.
Lama saya mencari resepi ini di internet dan akhirnya alhamdulillah berjumpa juga di ruangan forum makanan Kelantan kalau tidak silap. Resepinya seperti di bawah.

Bahan-bahannya:

500 gm hati lembu - potong kecil
1 sk serbuk kunyit
1 biji bawang besar - hiris
5 batang lada merah - hiris
1 sk serbuk cukup rasa (saya tambah)
garam cukup rasa
minyak masak
5 batang kacang panjang - dipatah-patahkan

Cara-caranya:

1. Gaul hati lembu dengan garam, serbuk cukup rasa dan serbuk kunyit.
2. Masak hati lembu dalam kuali hingga airnya kering (jangan tambah air).
3. Bila air dari hati lembu tadi telah kering, masukkan sedikit minyak dalam kuali dan gorenglah hati lembu tadi.
4. Masukkan kacang panjang dan kacau sebati.
5. Bila kacang panjang hampir layu masukkan pula hirisan bawang dan lada merah, kacau sebati.
6. Biar hingga hirisan bawang dan lada merah agak layu barulah ditutup apinya.
7. Sedia untuk dihidangkan.

UDANG GORENG TEPUNG II



Bahan-bahannya:

500++ gram udang putih saiz besar - dibersihkan
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
secubit garam
1 sk serbuk cukup rasa
1/2 sk serbuk kunyit
air utk bancuhan tepung secukupnya

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali udang. Bancuh dengan air seperti kita hendak menggoreng pisang.
2. Panaskan minyak, celupkan udang seekor demi seekor dan goreng keperangan dengan minyak terendam.