Thursday, April 5, 2012

HATI LEMBU GORENG KUNYIT ALA KELANTAN



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Lama benar teringin hendak menikmati lauk hati lembu goreng kunyit seperti mana ketika saya tinggal di Kota Bharu dulu. Setelah meninggalkan Kelantan dan berhijrah ke Sarawak barulah saya sedar bahawa Kota Bharu menyediakan banyak pilihan makanan yang enak-enak. Pilih sahajalah yang mana berkenan di hati dan kena dengan selera.
Lama saya mencari resepi ini di internet dan akhirnya alhamdulillah berjumpa juga di ruangan forum makanan Kelantan kalau tidak silap. Resepinya seperti di bawah.

Bahan-bahannya:

500 gm hati lembu - potong kecil
1 sk serbuk kunyit
1 biji bawang besar - hiris
5 batang lada merah - hiris
1 sk serbuk cukup rasa (saya tambah)
garam cukup rasa
minyak masak
5 batang kacang panjang - dipatah-patahkan

Cara-caranya:

1. Gaul hati lembu dengan garam, serbuk cukup rasa dan serbuk kunyit.
2. Masak hati lembu dalam kuali hingga airnya kering (jangan tambah air).
3. Bila air dari hati lembu tadi telah kering, masukkan sedikit minyak dalam kuali dan gorenglah hati lembu tadi.
4. Masukkan kacang panjang dan kacau sebati.
5. Bila kacang panjang hampir layu masukkan pula hirisan bawang dan lada merah, kacau sebati.
6. Biar hingga hirisan bawang dan lada merah agak layu barulah ditutup apinya.
7. Sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. As salam kak anis,
    Lamanya tak jengah dapur akak. Kali bau hati lembu goreng ala Kelate sungguh menggoda. Antara menu dan cara masakan kegemaran saya tp tak selalu mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam en daun.
      tak mengapa sbb akk pn dah jarang2 masuk dapur yg satu ni. hehehe.. sejak pindah kuching inilah kali pertama akk masak hati goreng kunyit tu. dulu ms di kb senang nak dpt hati, paru n daging lembu segar, di cni tersangat susah.

      Delete