Saturday, April 14, 2012

KUIH BAKAR PANDAN



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kuih bakar ini saya buat beberapa hari yang lalu tetapi baru sempat hari ini saya kongsikan di sini.

Memang cukup rasa lemak, manis dan aroma wangi pandannya. Resepi saya ambil dari dapur Yatie. Terima kasih Yatie kerana berkongsikan resepi kuih bakar yang enak ini. Suami pun suka.:))

Resepinya saya salin dan letakkan terus dari blog Yatie.


Bahan- Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

5 comments:

  1. assalam
    salam kenal
    feberet keluarga akak ni, selalu wat sarapan pagi. resepi k.yatie ni memang sedapkan

    ReplyDelete
  2. suka gak!....tu hari ada wt bingka kacang merah....mkn sorang2 je.....yg lain x mau mkn....

    ReplyDelete
  3. Rajinnya K.Anis membingka..kuih kegemaran kami sekeluarga ni...dapat yg kerak2 tu lagi best kan...sedap sangat..

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam nur.
    yatie mmg rajin n pandai masak. alhamdulillah setakat ni klu guna resepi yatie insyaAllah mmg puas hati. panggil kak anis je sbb thn ni umur nak masuk 43 thn dah.:))

    myda_ahmad.
    akk buat kuih bakar ni mkn anak beranak tp yg paling byk mkn akk le. hehehe

    Yatie.
    teruja sgt bila tgk kuih bakar pandan yatie tu sebenarnya. kemencer....

    ReplyDelete
  5. salam kenal..jln2 cr resepi kuih bakar..alhamdullilah jumpa juga yg berkenan d hati insyallah esok nk buat..

    ReplyDelete