Monday, May 3, 2010

AWARD LAGI DARIPADA SU MERSING


1) Siapakah kawan baik anda?
- Saya berkawan baik dengan semua orang yang ikhlas dan tulus hatinya dalam persahabatan. Salah seorang daripadanya adalah Maziah Mohamed.

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
-KENANGAN MANIS
- Tidur sekatil bujang semasa tinggal di asrama.
- Kami sering berpegangan tangan sewaktu jalan beriringan (bukan lesbian tau)
-Kami selalu bertukar-tukar kuning telur dan putih telur sewaktu makan tengahari ketika kami tinggal di asrama. Kuning telur untuk beliau dan putih telur untuk saya. Hehe...

-KENANGAN PAHIT
- Ketika beliau berkahwin saya memang sedih sangat tidak tahu mengapa.
- Ketika berselisih faham.
-Suaminya tidak berapa ngam dengan saya sebab kami pernah bergaduh sehari sebelum beliau berkahwin dengan sahabat saya itu.



3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda, apakah yang akan anda katakan padanya
- Apalah yang boleh sangat dikatakan dalam masa 1 minit ini. Kejam betul la. Haha... Saya akan katakan nanti saya akan telefon, sms, fb. Rindunya sudah lama tidak berjumpa. Mahu menitis air mata saat itu. Huhu...


4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
- Yatie US yang cun tu. Kali ini giliran saya mendera dia. Hehe...
- Izzah Daut yang pandai membuat muffin
- Azatie yang penyayang

Sebenarnya semua rakan-rakan saya di alam maya ini mampu menjadi sahabat yang baik. Kalau boleh saya hendak tag mereka semua tetapi tugasan ini mengkehendaki saya memilih tiga orang rakan sahaja. Harap yang lain tidak terasa hati. :))

4 comments:

  1. Salam K.Anis, he3 nak dera Yatie ya...Yatie dah dpt award ni dari orng lain dan dah jawab pun...lepastu Yatie beri pada Kak Su sbb takmo peningkan akak lagi...Kak Su pulak beri pd K.Anis...di sini bkn salah Yatie ya...apa pun terima kasih banyak atas ingatan...jngn ambil hati ya..sayang akak mcm kakak sendiri..

    ReplyDelete
  2. salam yatie. alamak, kempunan le akk nak dera yatie. haha... tak perasan plk akk yatie dah dpt. takpe lah. tak ambik hati pn, insyaAllah akk kenal hati budi yatie yg ikhlas.:))

    ReplyDelete
  3. kak nisssssssssss..saje tau bagi kite semula..sob sob.. tak pe nanti saya tampal nama akak anis beso beso..thankeyu banyak2

    ReplyDelete
  4. salam kak anis...kira su lah yang dera akak ni yer hukhuk...tq dah siap kan kerja tu kak..memang best kenangan kat hostel kan... teringat masa muda2 dulu hehe..

    ReplyDelete