Sunday, May 9, 2010

KARI KEPALA IKAN TENGGIRI TANPA SANTAN

Ngeri pula melihat gigi ikan tenggiri ini. Sebelum ini tidak perasan pula. Hehe...



Hidangan sampingan wajib selain kari kepala ikan ialah sambal belacan. Ikan tenggiri goreng semestinya untuk Hamimah. Hehe...



Sayur kacang panjang tumis kering dengan telur untuk Syuhadah pula.

Assalamualaikum dan selamat malam teman-teman semua. Hari ini walau Hari Ibu saya tidak menggantung kuali ya, sebab Jumaat dan Sabtu saya sudah awal-awal menggantungnya. Bukan malas tetapi memang tidak sempat memasak sebab ada urusan di luar. Syukurlah di sini tidak sukar mencari makanan kerana kedai makan atau restoran tumbuh bak cendawan selepas musim hujan banyaknya, cuma perlu cari yang sesuai untuk selera sahaja.
Hidangan untuk tengahari tadi adalah kari kepala ikan tanpa santan, kacang panjang tumis kering dengan telur, ikan tenggiri goreng dan sambal belacan. Percaya tidak kalau saya katakan suami langsung tidak menyentuh ikan tenggiri tersebut walhal beliau yang membeli. Hehe... Hari ini beliau cuma makan nasi berlaukkan sayur kacang panjang itu sahaja, pada hal beliau memang tidak makan sayuran.
Sebenarnya suami memang tidak suka makan ikan tenggiri dan juga bawal tetapi oleh kerana semalam penawaran ikan tidak banyak jadi beliau beli sahaja tetapi sempat merungut yang harga ikan tenggiri itu untuk 4 potong RM20. Hehe...
Jomlah kita kongsi resepi kari kepala ikan tanpa santan di sini...

Bahan-bahannya:

Sepotong kepala ikan dan isinya
5 batang cili kering dikisar
3 biji bawang besar dikisar
1/2 inci halia dikisar
sedikit air asam untuk mengisar bahan-bahan di atas
7 biji bawang merah dimayang
3 biji bawang putih dimayang
1 sudu kecil halba
2 sudu besar rempah kari ikan}
1 sudu besar rempah kari daging} dicampur dengan bahan kisar dan dijadikan pes
2 biji tomato dipotong 2
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya;

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba dan bahan-bahan yang dimayang hingga layu dan hampir garing (awas, jangan hangus ya, part ni kena jaga betul-betul).
2. Masukkan campuran pes kari tadi dan tumis lagi hingga naik bau dan pecah minyak. Tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
3. Masukkan potongan kepala ikan dan hirisan daging ikan tadi. Masukkan air paras-paras ikan dan biar hingga mendidih.
4. Tambahkan dengan potongan tomato. Biar di atas api seketika.
5. Siap untuk dihidangkan bersama sambal belacan dan nasi panas.

6 comments:

  1. Kombinasi yang menyelerakan.. mabelessss!

    ReplyDelete
  2. Salam K.Anis, wow sedapnya tngk lauk akak...kena pulak ada sambal belacan...waduh2 enak temen....

    ReplyDelete
  3. salam kak anis...adoooiii sedapnya lauk2 yang akak masak tu...wat perut su lapar niii..tolonglah kak...

    ReplyDelete
  4. salam sari yusa.
    terima kasih. mlm tadi akk panaskan prata buat cicah kuah kari tu. hehe...

    ReplyDelete
  5. salam yatie.
    biasanya klu masak kari ikan, abg mesti nak sambal belacan. akk plk tak pandai makan lauk kari dgn sambal belacan. hehe.... tp biasanya memang masak ikut taste cik abg le.:))

    ReplyDelete
  6. salam su.
    ala siannya su. klu dkt akk dah bg lauk karinya n dptlah sama2 rasa.

    ReplyDelete