Tuesday, May 11, 2010

KEK COKLAT DAN HADIAH ANAK-ANAK


Ahad lepas saya sms suami di pejabat sekiranya sempat, singgah le mana-mana kedai kek dan tolong belikan saya kek. Saya berniat hendak raikan Hari Ibu dengan anak-anak pada malam harinya. Menurut suami hanya kek coklat yang tinggal, kek blueberry telah habis dibeli pelanggan lain. Kek-kek yang lain menurut suami tidak mengancam krimnya. Lagipun kek ini yang paling mahal berbanding kek-kek yang lain. Iyelah tu, sebenarnya suami yang suka kek coklat ni. Hehe... Makan sepotong pun sudah mencukupi sebab rasanya kaya dengan coklat begitu juga toppingnya. Manisssssss sangat. Sesiapa yang hendak datanglah rumah ya, banyak lagi tu...






Hadiah dari anak-anak, Hamimah dan Syuhadah. VCD drama korea All About Eve keluaran tahun 2000. Jika ke KB Mall saya rajin masuk ke dalam kedai Speedy menjenguk-jenguk vcd dan dvd drama-drama korea. Sekadar tengok sahajalah, belinya tidak. Hehe... Sudah banyak kali saya berniat membeli dvd tidak pun vcd cerita ini tetapi hati sentiasa berbelah bagi sebab takut membazir kerana harganya agak mahal dan sesetengah episod cerita ini boleh saya tonton melalui internet. Akhirnya anak-anak yang belikan tanda kenangan sempena Hari Ibu walaupun sumber kewangannya dari suami. Hehe.. Apa-apa pun terima kasih buat anak-anak, bukan hadiah atau ucapan yang mak inginkan sebenarnya, mencukupilah dengan menjadi anak-anak yang solehah.......

9 comments:

  1. Salam K.Anis, sedapnya kek coklat ni...yatie kena buat sendiri kek hari ibu dan birthday Seri...maklumlah kat sini di ragui kehalalannya...tapi seronok buat kek sampai comot2 semuanya..nanti Yatie n3..akak mintak sepotong ya...kecur pulaklah...ada lagi kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  2. salam yatie.
    buat sendiri lg seronok n berkat yatie. air tangan mama pengikat kasih tau.
    boleh sgt. dlm 6 potong besar2 ada lg tu. hehe..

    ReplyDelete
  3. amboi sedapnya kek cekelat tu..pandai hubby kak anis pilih..hehehe

    ReplyDelete
  4. salam Anis...emm bestnya...sambut hari ibu sambil mkn kek coklat pastu tgk VCD tue....bahgiannya!

    ReplyDelete
  5. salam kak anis,
    bermakna sungguh hari ibu kak anis. dapat hadiah tu. makan kek coklat...fuh. saya pun tumpang seronok :)

    ReplyDelete
  6. salam, bahagianya mkn kek coklat smbil lyn dvd korea. Minat sgt telenovela ni, psl prebutan 2 org pngacara tv kan... mnusuk kalbu tngok heronya tu...

    ReplyDelete
  7. Salam Anis,

    Moga berbahagia dengan kasih sayang yang melimpah ruah dari suami dan anak2. sweetie tumpang gembira.

    ReplyDelete
  8. salam kak anis, tahniah dapat kek dan hadiah istimewa dari suami dan anak2, walau sumbernya mestilah suami akak kan...
    best citer all about eva tu...dah lama rasanya tak tgok citer2 korea ni...su pun tak larat nak beli dvd mahal sangat, tapi copy dari member2 jer kihkih...jimat kos just beli dvd kosong, teruk kan su ni kak kihkih..

    ReplyDelete
  9. salam ctnaemah.
    abg mmg suka mkn mknan bercoklat wp tak byk. muffin, aiskrim n kek. paling tak suka perasa vanilla tp akk suka plk.

    salam azatie.
    alhamdulillah. t.kasih azatie. sy ni dah berisi tak blh mkn kek coklat tu byk2. hehe... vcd baru dpt tgk sekeping je.

    salam indah.
    alhamdulillah, semua rezeki dtg dr Allah. jom kita mkn sama2. t.kasih.:))

    salam sari yusa.
    akk pn suka sgt dgn watak hero tu. sempurna habis. hehe... kek coklat mmg sedap tp tak blh mkn byk2. hehe...

    salam sweetie.
    t.kasih, mudah2an doa kita dimakbulkan Allah SWT.:))

    salam su.
    alhamdulillah n t.kasih. blh copy ke su, akk tak tau pun. selalunya klu ada ms akak layan tgk kat internet je tp yg buat boring lambat nak download n abg bising. hehe...

    ReplyDelete