Tuesday, May 25, 2010

MENU DARI IKAN CENCARU

CENCARU GORENG BERLADA


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Cencaru goreng berlada ini adalah lauk untuk makan tengahari semalam tetapi baru sempat saya buat entrinya hari ini. Ikan cencaru yang 4 ekor ini saya bahagikan 2 untuk dimasak menu berlainan. Biasanya suami dan Syuhadah gemar makan lauk cencaru sumbat sambal ini, Hamimah pula sebaliknya suka makan lauk goreng berlada. Jadi saya masak 2 jenis lauk dari bahan yang sama. Hehe... Jom kita kongsi resepi mudah cencaru goreng berlada (resepi Inna Merahsamar) ini....

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan cencaru
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji cili merah dikisar
5 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
sedikit belacan dikisar
air asam jawa secukupnya untuk mengisar
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Lumurkan ikan cencaru dengan garam kunyit dan digoreng sederhana masak.
2. Tumiskan bahan-bahan kisar dengan lebihan minyak gorengan ikan tadi hingga naik bau dan terbit minyak.
3. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan cencaru goreng tadi dan lumurkan dengan sambal rata-rata.
5. Biar di atas api seketika dan bolehlah dihidangkan.



CENCARU GORENG SUMBAT SAMBAL

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 ekor ikan cencaru dibelah belakang
5 batang lada merah dipanggang hingga layu
1 ketul belacan sebesar ibu jari dipanggang hingga garing
3/4 sudu kecil pati asam jawa Adabi
secubit gula

Cara-caranya:

1. Lumurkan ikan cencaru dengan garam kunyit dan ketepikan.
2. Tumbuk bahan-bahan yang dipanggang hingga agak lumat dan tambahkan secubit gula. Tumbuk lagi.
3. Tambahkan pati asam jawa dan gaul sebati.
4. Ambil ikan cencaru tadi dan sumbatkan dengan sambal yang telah ditumbuk.
5. Goreng dengan minyak terendam dengan api sederhana hingga masak.
6. Sedap dimakan dengan nasi panas.

4 comments:

  1. Salam K.Anis,
    Sedap dan menyelerakan lauk mcm ni....tapi tulah kat sini takde ikan cecaru dan ikan yg best2....kena sabor betullah...kecurnya kak..

    ReplyDelete
  2. salam yatie.
    lauk2 mcm ni ajelah yg laku kat umah akk yatie. hehe... sabar2 tak lama lg blk mesia. mcm2 menu yatie blh masak.:))

    ReplyDelete
  3. Salam kak anis, td sy dh komen tp x leh la pulak..huhu.. Ni komen yg kali kdua. Ikan cencaru yg spt akk msk ni menu feberet sy. Kalo dibakar lg best kn. Krg skt mnyknya.

    Info : Ikan cencaru merupakan sejenis ikan yg tdk terdapat di pasaran negeri Kelantan kerana ia bkn dipanggil ikan cencaru oleh penduduk tmptn tp ikan keronge..hehehe..

    ReplyDelete
  4. salam en daun.
    akk pn suka bakar. lps tu cicah dgn budu cap ketereh yg diperah asam limau dan dicampur dgn potongan cili api. sedapnya, hehe...
    lawak juga en daun ni ya. hehe... tp akk jual ikan tu ckp dgn akk ikan cencaru la, mkin dia tgk akk org luar. hi3

    ReplyDelete