Tuesday, May 18, 2010

MEE GORENG BASAH



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sepatutnya saya letakkan entri ini semalam tetapi oleh kerana mata sudah terlalu mengantuk saya terpaksalah cari bantal. Hehe... Semalam saya tak masak nasi cuma goreng mee basah untuk mengalas perut saya dan anak-anak. Suami pun belum pulang dari outstation. Jom kita kongsi resepi mee goreng basah style saya ini...

Bahan-bahannya:
1 kilogram mee kuning
500 gram udang sederhana besar
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1 cawan hirisan daging ayam
1 cawan hirisan fish ball
1 ikat sawi dipotong-potong
2 biji tomato dipotong ikut suka
3 sudu besar sos tomato
1/4 cawan kicap masin
1 sudu besar cairan tepung jagung
garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Kupas udang dan tinggalkan bahagian ekornya. Rebus kulit udang tadi dan ambil airnya. Ketepikan.
Basuh bersih mee kuning. Toskan airnya dan ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan dengan udang dan hirisan daging ayam tadi. Gaul sebati. Masukkan juga kicap masin dan sos tomato. Kacau lagi. Masukkan air rebusan kulit udang tadi.
3. Bila mendidih, tambahkan dengan cairan tepung jagung tadi dan kacau sebati.
4. Masukkan fish ball, diikuti mee kuning, hirisan tomato dan sawi. Kacau sebati.
5. Rasakan masinnya dan bolehlah dihidangkan.

2 comments:

  1. Salam kak anis..walahh tgk nasi mentega n ayam madu tu..terasa lapar ni kak..
    mee grg basah ni pon memikatlah hati :)

    ReplyDelete
  2. salam mummyseri.
    resepi nasi nikan akk ambik dr blog mummyseri. t.kasih memang berbaloi mencubanya. anak2 pn suka. t.kasih. suami akk takde blhlah masak mee goreng basah ni.:))

    ReplyDelete