Thursday, May 13, 2010

ASAM TUMIS DAGING PULA....



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Terharu dengan maklum balas dari adik-adik blogger semalam. Terasa dihargai pula diri ini walaupun menu dan resepi yang dikongsikan biasa-biasa dan kadang-kadang diulang-ulang. Bukan tidak teringin mencuba menu berat dan masakan barat. Masalahnya suami tidak gemar mencuba dan saya pula kalau boleh tidak mahu melihat wajahnya monyok di hadapan rezeki Allah disebabkan saya. Sudah terkena itu yang serik. Hehe... Pesannya awak mahirkan sahaja skill masak asam pedas dan sambal tumis, lauk yang saya suka. Saya tidak suka makanan barat dan kuih muih selain bahulu dan karipap sardin. Bila saya minta beli breadmaker katanya buat apa susah-susah buat roti, kalau hendak makan beli sahaja. Kwang, kwang, kwang... Namun apa juga jenis masakan yang saya cuba buat beliau akan tetap merasa walau secubit cuma. Alhamdulillah anak-anak sebelah memang suka dengan masakan saya jadi bolehlah dikongsi bersama mereka jadi tidaklah terbuang begitu sahaja.
Jom kita kongsi resepi. Menu ini memang sedap selain aromanya yang memikat. Kalau tidak percaya boleh cuba memasaknya...

Bahan-bahan:

500 gram daging dihiris ikut suka
20 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 halia dikisar
1/2 kunyit hidup dikisar
sedikit belacan dikisar
3 batang serai dititik
1 cekak daun kesum dilurut dari tangkainya
2 kuntum bunga kantan dibelah 2
1 mangkuk kecil air asam jawa (jangan pekat sangat)
garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai yang dititik hingga naik bau dan pecah minyak. Saya suka tumis lama dan sering dikacau supaya cantik tumisannya.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
3. Tambahkan dengan hirisan daging. Gaulkan dengan bahan tumis tadi dan tutup periuk. Kacau sekejap-sekejap.
4. Bila air daging telah kering, tambahkan dengan air ikut suka banyak mana kuah yang kita mahu.
5. Bila kuah telah menggelegak, tambahkan dengan air asam pula. Masak lagi hingga daging empuk.
6. Tambahkan dengan daun kecum dan bunga kantan. Kalau suka boleh masukkan bunga kantan setelah menambahkan air asam ke dalam masakan.
7. Biar di atas api seketika dan boleh dihidangkan.





KEK LAGI...



Semalam pulang dari kerja suami singgah di HPA bakery dan sempat membeli kek icing ini sekadar mencuba rasa. Adham suka sangat. Mak, happy birthday to you katanya. Hehe... Rasanya sedap dan tidak semuak kek coklat tempohari. Kek itu sudah licin saya bahagi-bahagikan pada anak-anak sebelah dan tetamu yang datang. Anak-anak bukan hendak makan sangat, suami makan sepotong sahaja. Itu pun yang dikongsi bersama saya. Daripada saya yang sedia bulat ini terpaksa menghabiskannya lebih baik berkongsi rasa dengan yang lain.

8 comments:

  1. Salam K.Anis, tengok lauk ni pun dah tahu mmng sedap sangat...yatie mmng peminat lauk yg ada daun kesum...kecurnya kak...klau dpt jumpa akak suatu hari nanti, pasti menu asam pedas menjadi pilihanku...

    ReplyDelete
  2. salam yatie.
    insyaAllah. raya nnti ada rezeki kita jumpa ya. akk biasa kat umah mak mertua di kg kurnia. dktlah tu dgn umah yatie kot. nnti blhlah akk masakan. hehe...

    ReplyDelete
  3. Salam Anis....Akak pun suka asam pedas...tapi Hubby pulak suka sambal tumis tu yang selalu jer masak sambal tumis....

    Eh...Selamat Hari lahir....yer...sebab ada anak Anis sebut tu....moga panjang umur dan murah rezeki serta berbahagia selalu!

    By the way..apam tepung beras tu lebih ringan kalau letak eno sebelum mengukusnya....kacau pelan2...then masukkan dalam cawan2 kecil..kukus dengan api kuat tau!! baru apam tu mekar senyum riang! Cubalah...dua kali kukus dah habis satu adunan!

    ReplyDelete
  4. ~sebab tu wp awek bandar keliling pinggang dia nikah dgn akk yg mmg pingitan habis. sanggup cari sampai ladang yg jlnnya tanah merah, jauh lagi sbb ms tu akk jd cikgu di sana.:)~

    salam cikgu..sedapnyer nmpk...
    erm..cikgu ingat lagi yer tmpt tu,..sy pn dh lama tinggalkan tmpt tu sejak abah n mak pindah kg sri paya..tp yg pasti moment2 itu indah..kan cikgu? jalan yg berdebu bila panas tp sgt becak bila hujan..tp kat situlah sy menimba ilmu hingga saya menjadi sy skrg..terima kasih pada cikgu dan para guru yg banyak berjasa..jasamu tak terbalas..

    ReplyDelete
  5. Amboi...asam pedas daging..sedapnyer..lama dh tak masak..tp kat sini payah nk dapat bunga kantan, kalo ada pun, satu kuntum 2 hengget, pas tu kecut plak tu.. so skip jer lah bunga kantan tu..melainkan nk buat laksa, terpaksa la beli...

    kek tu cantik sangat...kiut sungguh :)

    ReplyDelete
  6. salam kak anis,
    wah...ini promote habis asam tumis daging ni. saya dah terliur ni,..hehe...

    ReplyDelete
  7. salam kakwatie.
    birthday sy 24 sept kak. anak sy mmg gitu. dia klu nmpk kek aising mesti kata happy birthday to you. hehe...wbp terima kasih atas doa akk. mudah2an.
    suami sy plk suka dua2 lauk tu. tu yg kerap tayang menu yg sama utk n3. hehe...
    apam eno tu sy penah buat kak tp tak secantik n semekar akk punya. bila lihat akk buat tak letak eno pn cantik tu yg nak cuba. hehe..

    salam Salina.
    mana boleh lupa kenangan itu. sejak sy tinggalkan ldg fraser akhir thn 93 sy tak penah jejak lg ke situ. sekolah lama tu pn dah tinggal kenangan.
    seronoknya tinggal di situ udaranya nyaman n hawanya sentiasa sejuk. tak payah guna kipas jauh sekali econ. kdg2 rindu juga dgn bekas murid2 yg telah lama sy tak jumpa...

    salam noormah.
    kat cni byk jual bunga kantan. yg kembang, yg kuncup semua ada. mahal tu 2 ringgit. kat cni 60 sen je. daun kesum secekak besar baru 50 sen.
    kek tu suami akk yg beli.:))

    ReplyDelete
  8. salam indah.
    hehe... akk promote menu2 yg cik abg suka je. pedas2 suami indah suka kan? boleh cuba ni.:))

    ReplyDelete