Friday, May 28, 2010

PAIS IKAN KEMBONG



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Edisi tertunda lagi. Pais ikan kembong untuk makan tengahari semalam. Hehe... Resepinya dari arwah emak saya. Arwah emak memang rajin masak pais ikan ini sebab bapa suka makan. Apa yang bapa suka makan itulah yang selalunya arwah masakkan walaupun arwah tidak makan apa yang dimasaknya, sebagai contoh masakan ikan air tawar. Arwah bagaimanapun tidak pernah menggunakan ikan kembong untuk dipais. Selalunya ikan kecil-kecil warna putih dan banyak tulang itu tetapi saya tidak tahu apa namanya. Jom kita kongsi resepi ikan pais ini...

Bahan-bahannya:

7 ekor ikan kembong sederhana besar
20 tangkai cili kering dikisar
7 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci kunyit hidup dikisar
2 batang serai dikisar
1/4 cawan air asam jawa pekat ( digunakan untuk mengisar, sekiranya sukar boleh tambah sedikit air lagi)
garam, gula dan perasa secukupnya
daun pisang secukupnya
aluminium foil secukupnya

Cara-caranya:

1. Gaulkan kesemua bahan-bahan kisar bersama ikan dan tambahkan dengan garam, gula serta perasa secukupnya. Ketepikan.
2. Gunting daun pisang sekadar cukup untuk membungkus seekor ikan. Letak ikan dan bahan-bahan kisar di dalamnya dan bungkus.
3. Alaskan bungkusan tadi dengan aluminium foil dan rapikan bungkusan. Buat hingga ikan dan bahan-bahan kisar habis.
4. Bakar atas api gas atau kuali serbaguna selama 15-20 minit.

p/s: arwah emak hanya menggunakan daun pisang, tidak memasukkan serai dalam bahan kisar dan arwah tumbuk semua bahan-bahan mentah tadi dan gaulkan dengan asam jawa bersama biji-bijinya.

4 comments:

  1. Salam kak anis, ikan temenung(nama pggilan ikn kembung bg org Lgkwi)pn blh buat pais jg ye. Sy biasa mkn pais ikn yg kecik2 dr sg atau swh padi mcm sempilai, seluang dll tu. Pais ni kalo bkr ats bara api lg sdp dn beraroma kn??

    ReplyDelete
  2. menggoda sungguh la Kak Anis, macam terbau2 di sini.. Atchummmm! hehehe.. tu maknanya sedap sangat.. betul tak?

    ReplyDelete
  3. salam en daun.
    arwah emak akk pn gunakan ikan kecil2 utk dibuat pais. ikan seluang klu digoreng pn sedap en daun. nostalgia tu. dapur kita pny en daun mcm2 blh ubahsuai. hehe... itulah akk pn berangan nak cari dapur arang. hehe...

    salam sariyusa.
    alhamdulillah, t.kasih. sesekali mkn lauk bakar2 g mmg sedap sgt.:))

    ReplyDelete
  4. Nk masak lauk utk hari ini..macam sedap jew

    ReplyDelete