Friday, May 14, 2010

GULAI KUNING IKAN DENUK




Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Gulai kuning ikan denuk menggantikan ikan aya. Sebut pasal ikan aya, entah bila dapat merasa hati ikan aya. Rupanya pun tidak saya kenal, ingin juga hendak merasa. Hehe... Menu kali ini lengkap dengan cili hijau ( cili hijau ini saya tidak jumpa di Kuantan, Johor Bahru dan Kulai ) dan potongan timun masak. Jangan tidak tahu saya sudah bertahun tidak membeli cili hijau muda ini sebab rasanya yang pedas. Kalau sudah pedas faham-faham sahajalah ya. Hehe... Kakak penjual sayur yang bagi, alhamdulillah rezeki.
Jom kita kongsi resepi masakan yang sedap ini...

Bahan-bahannya:

500 gram ikan denuk dipotong-potong
5 tangkai cili kering dikisar
7 biji bawang kecil dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 inci kunyit hidup dikisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
1 cawan santan pekat
1 batang timun saiz besar dipotong ikut suka
7 biji lada hijau muda dibiarkan sebiji-sebiji
5 keping asam (saya guna saiz kecil)
garam
manisan (saya guna gula pasir)

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya dan gaul sebati.
3. Tambahkan dengan potongan ikan dan gaul sebati, masukkan air paras-paras ikan. Masak hingga kuah mendidih.
4. Tambahkan santan pekat dan kacau lagi. Sekiranya kuah pekat boleh tambah sedikit air lagi.
5. Kacau sekejap-sekejap hingga kuah mendidih. Tambahkan dengan potongan timun dan cili hijau muda.
6. Biarkan di atas api sebentar dan bolehlah dihidang.
Sedap dihidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman, sambal belacan dan pastinya budu. Kalau badan 'langsing' jaga-jagalah kuantiti pengambilan nasi ya (rujuk diri sendirilah) hehe...

9 comments:

  1. ikan denuk... 1st time dengar tau. Anyway memang nampak sedap ni

    ReplyDelete
  2. Salam Anis,

    Sweetie pun tak tahu ikan denuk, kalau kita tukar ngan ikan lain, Ikan aper yang sesuai yer Anis?

    ReplyDelete
  3. a'ah saya pun 1st time dengar nama ikan ni..
    awak tak pernah jumpa ikan aya or susah nak dapat ikan aya kat tempat awak? kalau kat sini, banyak.. ikan aya = ikan mamu = ikan tongkol.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. mcmnlah rupanya ikan denuk tu ya??
    tapi lauk tu mmg nmpk sedap sgt..

    ReplyDelete
  6. salam fuzidss.
    akk kenal ikan ni pn sejak tinggal klate ni. itu pn makcik penjual ikan yg beritahu. tp akk tak penah nmpk ikan yg blm dipotong2. yg akk blh katakan rasanya mmg sedap.:))

    salam sweetie.
    gulai kuning ni mmg org klate buat utk ikan tongkol atau aya tp hanya masak rebus2 aje sbb ikan tongkol tu telah direbus sblmnya. kali ni sy tumis dgn sedikit minyak sbb guna ikan lain. rasanya ikan merah dan tenggiri pn blh dimasak menu yg sama. cubalah, insyaallah sedap.:))

    salam sofya.
    akk tak penah jumpa hati ikan aya tp klu ikan aya mmg dah biasa mkn dr kecik lg. hehe... oh, ikan tongkol ni ada org panggil ikan mamu ya. ada juga org panggil ikan kayu. mcm2 manusia ni. :))

    salam insan biasa.
    t.kasih n alhamdulillah memang sedap. cubalah..:))

    salam sari yusa.
    maaflah rupa sebenar ikan tu tak penah sy nmpk. slalunya yg dah siap potong2 je yg dijual. lauk ni mmg sedap, alhamdulillah.:))

    ReplyDelete
  7. salam kak anis,
    wah! banyak isi ikan denuk ni... gulai kuning, dah lama tak makan. ini lauk nasi berlauk, kan kak? kadang2 orang buat ikan kembung, lolong pun boleh... :)

    ReplyDelete
  8. salam indah.
    mmg gulai utk nasi berlauk tp akk tumis bahan2 kisar tu dgn ikan2nya sekali. klu guna ikan aya akk rebus je sbb ikan aya tu kita dah rebus sampai masak dulu.:)) ikan lolong? ikan apa tu indah?

    ReplyDelete
  9. salam kak..
    sy tlg jawab blh pasal ikan lolong...org kelate panggil ikan lolong..nama glamornya ikan uji rashid..ikan mata besar tuh..huuuu..cili ijau tuh dari siam ..sesuai buat solok..sbb teksturnya lembut..sy suka cili tuh..if balik kg..mmg borong..wat stok time nak gulai ikan aye @ solok lada...

    ReplyDelete