Tuesday, May 4, 2010

SENANGIN MASAM MANIS BERKICAP



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ikan senangin masak masam manis ini saya tambahkan dengan kicap sebab suami memang tidak suka yang teramat dengan lauk masam manis. Saya dan anak-anak suka pula makan nasi berlauk menu masam manis. Bukan selalu pun sesekali sahaja. Ikan senangin ini masak asam pedas memang sedap tetapi sesekali hendak lari juga dari menu wajib ini. Jom kita kongsi resepi senangin masam manis berkicap ini...

Bahan-bahan:

2 ekor ikan senangin
5 tangkai cili kering dikisar
1/2 inci halia dikisar
3 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
air asam secukupnya untuk mengisar - jangan pekat sangat
garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:

1. Kelar ikan senangin dan lumur dengan garam kunyit. Goreng sederhana garing.
2. Lebihan minyak gorengan ikan tadi tumiskan dengan bahan-bahan kisar hingga masak dan naik baunya.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap pekat. Kacau lagi.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Masukkan ikan senangin goreng tadi dan gaulkan dengan sambal masam manis tadi hingga mesra.
6. Sedia untuk dihidangkan.

9 comments:

  1. Salam kak..
    wah sedap nyer :)
    lama kite tak mkn ikan senagin..
    taktau sini ada ke tak..mcm takde lah..
    lembut n sedap je ikan ni kan kak..

    ReplyDelete
  2. Salam anis...
    Waa.. anis nampak suka pelbagaikan jenis ikan kan time masak...kali ni senangin pulak...akak selalu mati kutu time nak beli ikan...asyik beli ikan yang sama je.. balik2 selar, kembung, tenggiri, tongkol...hehe

    ReplyDelete
  3. Salam kak anis, Mmm..ikan senangin tu nmpk myelerakan. Kalau dpt mkn kn best..he3..

    Info: Ikan senangin dn kurau adalah drp famili yg sama iaitu, treadfin salmon. Ia adlh ikan yg bbeza wlpn ada pdpt yg mgatakn senangin dn kurau adlh sama.

    ReplyDelete
  4. salam seri.

    selalunya akk masak asam pedas ikan senangin ni tp kali ini lari dr menu wajib. jemulah pulak. hehe...

    ReplyDelete
  5. salam kakfzi.

    selalunya sy klu belanja basah seminggu sekali jadi apa jenis ikan yang ada beli ajelah sbb nak cukupkan seminggu. hehe... alhamdulillah makcik yg jual ikan tu suka cadangkan kami beli ikan yang sedap2 dr beliau. hehe...

    ReplyDelete
  6. salam en daun.

    nnti mintalah tolong mahsuri masakkan. hehe..
    selalu mkn ikan kurau masin je en daun tak penah lg mkn ikan kurau yg segar. hehe...

    t.kasih atas info berguna yg diberi. en daun dah tgk ikan kat blog kakliza tu. ikan apa tu ya en daun.:))

    ReplyDelete
  7. Ikn senangin tu biasa msk pesen lain, yg mcm akk buat blm prnh lg. Ikn kat blog kak rosa tu sy dh jwb di ruangan comment. Yg tu namanya ikan daun baru.Isinya tak byk, hrp bdn je lebar tp nipis.Ada jual kat sini.

    ReplyDelete
  8. salam en daun.

    akk ni klu masak pakai hentam je. hehe... slalunya yg akk tau org masak asam pedas ikan senangin ni.

    td akk dah g blog kakliza tgk nama ikan tu. setiap kejadian Allah tu ada hikmah disebaliknya. mkin klu digoreng garing2 sedap kot. bdn ikan yg dah sedia nipis ttu rangup je klu dikunyah. hehe...
    akk tak penah jumpa plk ikan ni kat pasar, mkin tak perasan agaknya.

    ReplyDelete
  9. Hehe..akk nk kunyah ikn tu lagumana.. Ikn daun baru biasanya bersaiz plg kecik pn sebesar pinggan nasik tu. Bygkn kalau akk kunyah ikn goreng yg sebesar pinggan..


    Hehehe....

    ReplyDelete