Saturday, May 29, 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Di Hotel Renaissance selepas solat maghrib...


Hidangan simple untuk makan malam di Restoren D'Mina.


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Sejak tinggal di Kota Bharu ini waktu hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) saya dan keluarga pasti akan keluar jalan-jalan. Destinasinya pastilah KB Mall, Billion, Mydin, Pantai Timur dan semestinya tempat-tempat yang berhawa dingin. Suami dan anak-anak tidak gemar bersantai di PCB sebab cuaca yang sangat panas menyengat. Saya sebagai isteri dan emak menurut sahaja keinginan suami dan anak-anak. Hehe...
Bila sudah keluar saya tidak sempat memasak dan aktiviti seterusnya makan di luarlah jawapnya. Semalam kami menjamu selera di Restoren D'Mina di Pengkalan Chepa. Ramainya pelanggan dan kami menunggu hampir 1 jam untuk makan. Plag 'jalan-jalan cari makan' pun ada tergantung di hadapan kaunter bayaran. Yang saya pelik ada juga yang tidak tahu malu potong Q semasa hendak memesan makanan dan membayar bil. Buat muka 10 sen. Huhu...
Tadinya kami makan malam di Restoren ala Carte di Pengkalan Chepa juga. Restoren ini menyediakan makanan timur dan barat. Saya makan nasi goreng kampung, suami mee goreng udang dan ke dua-dua anak perempuan saya makan fish and chip. Malas pula hendak mengambil gambar dalam samar-samar cahaya lampu. Sepanjang 4 tahun kami menetap di sini, ini baru pertama kali kami makan-makan di sini. Masakannya boleh tahan sedap.
Jom tengok gambar-gambar yang sempat disnap...

4 comments:

  1. Alangkah nikmat masakannya, salam persahabatan dari indonesiaCeLoteh ALa FaceBOOK

    ReplyDelete
  2. salam,

    seronok tgk keluarga anis..mcm ni selalu mmg baik utk keluarga bahagia...bawa anak-anak sekali sekala makan.

    anak-anak pun dah besar. boleh berbesan nanti..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Anis,

    Jalan-Jalan cari makan.Suka tengok keluarga kak Anis.Moga berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  4. salam mas andy.
    terima kasih sudi mampir sini. alhamdulillah rezeki dari Allah. salam persahabatan dr akk juga.:))

    salam capt.
    alhamdulillah capt.:) insyaAllah klu anak2 ada jodoh apa salahnya.:))

    salam sweetie.
    t.kasih n alhamdulillah. mudah2an doa kita makbul sweetie.:))

    ReplyDelete