Wednesday, July 7, 2010

DAGING KERUTUP KELANTAN


Assalamualaikum dan selamat malam. Lama sungguh rasanya saya tidak membuat entri terbaru. Bukannya sengaja tetapi disebabkan laptop yang biasa saya gunakan rosak dan belum siap dibaiki lagi. Yang tinggal hanya komputer, jadi faham-faham sahajalah bila anak kecil saya sudah mengadap komputer, belum lagi kakak-kakaknya yang perlu menyiapkan tugasan sekolah di samping curi-curi melayan fb. Hehe... Lauk ini pun saya masak kalau tidak silap 2, 3 hari lepas. Memang popularlah di Kelantan, rasanya memang sedap. Dilawankan dengan ketupat nasi pun lazat juga. Jom kita kongsi resepi...



Bahan-bahannya:

500 gram daging pejal dipotong ikut suka
2 sudu besar rempah kerutup (saya guna brand selising)
kerisik dari RM1 kelapa parut
1/2 cawan santan pekat
sedikit air asam jawa
10-15 biji cili kering dikisar
7 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
sedikit lengkuas dikisar
5 batang serai dititik
2 sudu besar ketumbar
sedikit gula melaka/manisan
rempah tumis secukupnya
garam

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan yang dikisar bersama ketumbar dan rempah kerutup untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, pes kerutup dan serai yang dititik. Gaul sebati.
3. Bila bahan tumisan telah pecah minyak dan naik bau, masukkan daging. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air. Masak hingga daging empuk.
4. Setelah daging empuk masukkan air asam jawa, garam dan manisan secukupnya. Kacau sebati.
5. Tambahkan dengan santan pekat dan kerisik. Gaul lagi hingga mesra. Angkat bila kuah memekat dan daging benar-benar empuk.

p/s: entri ini khas untuk yatie, moga terubat sedikit kesunyian yatie.:))

3 comments:

  1. Salam kak anis, menu akk yg ni mbuatkn sy rindu dn teringin nk mkn. Rempah kerutup yg akk gna tu original dr Kelate ke? Selising tu nama tmpt di Kelate. Mhn izin utk mengopikn resepi ye kak anis...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Anis,
    Terima kasih kak kerana menceriakan hariku.....terharu rasanya...daging kerutup ni mmng nmpk sedaplah kak...kalau takde rempah kerutup tu, ganti dngn rempah apa ya...tak sabar nak buat dan rasa daging ni....kecurnya...

    ReplyDelete
  3. salam en daun.
    mmg org selising yg buat. sedap n harum bau rempahnya. akk siap tanya akk yg jual rempah ni mcmana nak masak. hehe... boleh apa salahnya.:))

    salam yatie.
    sama2 kasih.:)) mmg sedap yatie, ditambah dgn semerbak baunya. klu takde rempah kerutup mmg tak blh masak le. klu guna rempah lain dah berbeza rasanya. klu yatie nak balik raya nnti akk tolong bawakan dr klate ya.:))

    ReplyDelete