Friday, July 9, 2010

KARI CENCARU BERSAMA BENDI


Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang berkat semua. Jom kita jamu mata dengan hidangan simple saya. Masak kari ikan cencaru dicampur dengan kacang bendi yang comel-comel saiznya. Sebenarnya saya tidak pernah gunakan ikan cencaru untuk dimasak dengan menu kari tetapi bila jenuh memikirkan hendak masak apa, teringat pula semasa anak-anak gadis saya masih kecil, saya pernah menyuapkan nasi berlauk kari cencaru di rumah mak ngah suami. Apa lagi masaklah. Hehe.... Suami pun kata sedap dan meratah ikan-ikannya hingga tinggal tulang. Alhamdulillah. Masakan ini juga hanya menggunakan sedikit sahaja santan.



Bahan-bahannya:

2 ekor ikan cencaru saiz besar - dibuang kulitnya yang keras dan dipotong 2
7 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
air asam jawa secukupnya untuk mengisar
2 sudu besar rempah kari ikan - saya guna produk HPA
1 sudu besar rempah kari daging - saya guna jenama Babas
5 biji bawang merah dimayang
1 sudu kecil halba
15 batang kacang bendi saiz kecil
1/4 cawan santan pekat
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan kisar bersama serbuk kari ikan dan daging hingga menjadi pes.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dimayang bersama halba hingga layu dan agak garing.
3. Tambahkan dengan pes kari tadi dan kacau sebati.
4. Apabila bahan-bahan tumisan telah pecah minyak dan naik bau, tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa, kacau sebati dan masukkan ikan. Gaul sebati dan tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih.
5. Tambahkan santan pekat dan kacang bendi. Kacau rata. Biar hingga kuah menggelegak seketika bolehlah dimatikan api.

5 comments:

  1. Salam kak anis, wah! sdp tu ikn keronge msk kari cmpur dgn bendi. Bendi adlh antars sayuran kegemaran sy. Selalu ada dlm menu mkn.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Anis,

    Sweetie suka juga buat masak kari. ringkas masakannya. GUna rempah ikan HPA ni sedap ker. selalu sweetie guna babas.

    ReplyDelete
  3. salam en daun.
    akk pn suka bendi. tak kiralah dimasukkan dlm gulai, kari atau asam pedas. dimasak asam rebus atau dicelur n cicah budu. hehe... kari ni pn akk cuma mkn bendi, kuahnya n nasi hangat je. itu pn dah cukup sedap. hehe... ikannya mkn le sedikit.

    salam sweetie.
    rempah kari ikan HPA mmg sedap klu ikut selera akk tp akk tak gemar rempah kari dagingnya. sbb tu akk guna babas. abg bising guna rempah kari babas sbb product non muslim. selalu dia ingatkan akk guna produk org islam. tp setakat ni kari babas ajelah yg sedap. nak buat lagu mana.:))

    ReplyDelete
  4. Salam K.Anis,
    Mmng sedap ikan cencaru masak mcm ni...teringat mak yatie, selain di bakar dia suka masak mcm ni....dah namanya mak masak, bertambah2 yatie makan...akak masak ni semuanya sama dngn selera yatie...cuma kat sini takde bnyk pilihan ikan mcm kat Msia...tak sabar rasanya nak balik....

    ReplyDelete
  5. salam yatie.
    arwah mak akk pun mmg suka bakar n cicah sambal asam yg pedasnya taubat tak nak mkn tp akhirnya ketagih sbb sedap. hehe... selain tu arwah mak suka masak pecal sbb lauk fav bapak akk.
    mkin kita ni dtg dr neg yg sama n bangsa yg sama. citarasa pn sama la. hehe...
    dalam tak sabar, sedih jugakan yatie.

    ReplyDelete