Saturday, July 24, 2010

PUDING GULA HANGUS


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Khamis lepas anak gadis saya yang ke dua tidak sihat kerana selsema, demam dan batuk-batuk. Selera makan pun tiada. Dia teringin hendak makan puding gula hangus ini tetapi saya tidak sempat hendak membuatnya. Alhamdulillah hari ini dapat juga saya tunaikan permintaan Hamimah. Esok saya mungkin menyediakan pizza seperti yang diingini 2, 3 hari ini. Suami pun tiada di rumah hingga malam Jumaat ini, bolehlah saya mengisi masa dengan memasak makanan yang disukai oleh anak-anak tetapi tidak digemari suami.



Oleh kerana anak-anak sudah tidak sabar hendak menikmati puding ini terpaksalah saya keluarkan puding ini dari acuan secara paksa dan ketika masih panas. Sebab itulah rupanya kurang licin. Hehe... Jom kita kongsi resepi lagi....

Bahan-bahannya:

5 biji telur gred A
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1/2 cawan gula pasir - dijadikan gula hangus

Cara-caranya:

1. Panaskan kukusan.
2. Sediakan gula hangus dan tuang ke dalam acuan yang digunakan.
3. Masukkan semua bahan dalam jug pengisar dan kisar sebati.
4. Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam acuan yang telah sedia dengan gula hangus di dalamnya.
5. Tutup acuan dengan aluminium foil.
6. Kukus puding tadi selama 45 minit dengan api sederhana kuat.
7. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.

5 comments:

  1. kak anis..sodapnya nampak..mintak sepotong nih..nampak licin jek yg dipotong tu

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis,
    Best tu mkn puding wktu buka posa. Sy penah buat puding kastard ni msa solo dulu. Mak sedara yg bgtau cr buat puding ni.Buat dgn adik,pcubaan ptama trs bjaya..he3.. Best sbb dpt mkn byk2..

    ReplyDelete
  3. Salam anis..nak sikit i like....

    ReplyDelete
  4. salam izah.
    boleh, jemputlah makan.:))

    salam en daun.
    tak sangka en daun pun pandai buat puding. kiranya mmg jenis ringan tulang ni. ini kali ke 3 akk buat. alhamdulillah semua jadi.:))

    salam ummi.
    ambillah umi, jemput makan.:))

    ReplyDelete
  5. salam anis, mintak izin c&p resipi puding ni ya.. tq

    ReplyDelete