Wednesday, July 28, 2010

JOM PIZZA


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pizza ni dah habis ya. Saya buat Isnin lepas untuk anak no 2. Saya buat 5 cawan tepung gandum biasa saja. Memang sengaja buat 2 loyang besar supaya anak-anak kenyang makan. Syuhadah siap pukul canang dekat kawan-kawannya di sekolah yang balik sekolah dah tersedia pizza untuk dimakan hingga kawannya jeles. Bestnya awak, mak awak masak macam-macam. Hehe.... Syuhadah tiada di rumah ni sebab mengikut rombongan sekolah ke USM, Penang dan Langkawi. Semalam pergi, Sabtu baru balik. Semalam sepanjang hari hati saya sebak teringatkannya. Saya memang tidak boleh berjauhan dengan anak-anak. Sedihnya tidak dapat saya gambarkan...



Pizza loyang ke dua. Saya guna loyang bulat. Pizza pertama bentuk empatsegi. Hehe... Hamimah lebih gemar pizza tuna mayonis tetapi saya lupa nak beli ikan tuna masa ke pasaraya hari itu. Jadi guna bahan yang ada sahaja. Lain kali boleh buat lagi...



Resepi untuk pizza ini saya tidak sempat hendak letakkan di sini. Sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh cari dalam entri saya yang terdahulu dengan label pizza. Jom jamu mata, sedap tau. Hehe...

5 comments:

  1. Salam kak anis,
    Syuhadah nk mai Lgkwi ye. Bila tu dia smp sini? Hrp2 jmpa dgn rombongan diorg tu nti..he3..

    Akk ni mmg best la sbb blh msk apa jua jnis masakan. Timur, barat, utara, selatan, moden, tradisional dll.
    Sedap tu pizza yg akk buat. Nk sekeping!

    Info ttg pizza:
    Sebiji pizza bersamaan dengan 16 hidangan.

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis,
    Wah... bestnya buat pizza. bab ni saya tak pass lagi. saya pandai topping kat roti nan je. hihihi.

    ReplyDelete
  3. salam kak nis..uii pizza kak nis sebijik nampak toping mcm kat pizza hut..bila saya nak terror buat pizza nih..yang terror nya beli je..hehe..ini kalu, saya pun jeles gak dengan syuhada..hehehe..mak dia masak mcm mcm tauu..

    ReplyDelete
  4. salam en daun.
    syuhadai sampai hari ini insyaAllah. baru kejap td dia kata dah sampai jeti. insyaAllah dpt jumpa.:))
    biasanya akk akan cuba sedaya upaya makanan yg anak2 suka mkn tp tak le semahir yg en daun ckpkan. sekadar blh aje.:) akk bg sekeping.
    tak sangka sebiji pizza sama dgn 16 hidangan. rasanya dah terlebih mkn hari tu. hehe..

    salam indah.
    mudah aje nak buat dohnya. topping kat roti nan pn blh juga, ada kelainan tu.:))

    salam izzah.
    t.kasih. hehe... (kembang dah ni). mula2 sapu sos spageti, tabur cheese, tabur bahan2 lain n akhir sekali tabur dgn cheese semula, insyaAllah jd mcm tu.:))

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Anis,

    tak yah gi Pizza Hut lagi yer kak.Buat kat rumah lagi bagus. boleh letak banyak-banyak bahan-bahannya..baru puas hati.

    ReplyDelete