Thursday, July 15, 2010

DAGING MASAK SATE GORENG DAN PERIA TUMIS KERING


Assalamualaikum. Tengahari semua. Tentu ramai yang berpuasa hari ini, tidak kiralah yang menghabiskan sisa-sisa puasa yang belum dibayar dan berpuasa sunat. Daging masak sate goreng dan peria tumis kering ini adalah lauk yang saya masak semalam. Rasanya alhamdulillah memang sedap. Suami dan anak-anak pun suka. Cuma lauk peria itu macam biasalah saya seorang sahaja yang makan sebab pahit. Bagi saya pahit itulah yang menjadikannya sedap dan ubat. Hehe... Jom kita kongsi resepi daging...




Bahan-bahannya:

500 gram daging batang pinang dipotong ikut suka
5 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
sedikit lengkuas dikisar
sedikit halia dikisar
sedikit kunyit hidup dikisar
3 batang serai dikisar
2 sudu kecil ketumbar}
1 sudu kecil jintan halus} dicuci, ditos, disangai dan dikisar
gula melaka, garam dan perasa secukupnya
sedikit minyak zaitun
minyak masak

Cara-caranya:

1. Gaul bahan-bahan kisar bersama daging, gula melaka, garam dan perasa. Perap selama mana yang dikehendaki. Lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak zaitun dan minyak masak bersama. Tumiskan daging yang telah diperap bersama rempah tadi dan kacau rata.
3. Masak hingga air daging keluar dan kering sendiri. Sekiranya daging kurang empuk tambahkan sedikit air dan tutup kuali. Daging hendaklah dikacau sekejap-sekejap supaya tidak hangus.
4. Apabila daging telah empuk dan garing bolehlah tutupkan api dan dihidangkan.

Semalam suami tanya, hari ini masak apa? Jawap saya daging. Bila suami suap lauk ini ke mulut dan mula mengunyah beliau terhenti dan bertanya. Sate ke? Ya, jawab saya dan diakhiri dengan anggukkan oleh beliau. Sedap le tu, alhamdulillah...



Sebenarnya ada petua hendak mengurangkan pahit pada peria ini. Kalau mengikut cara arwah emak saya sebelum dimasak dan selepas dipotong-potong hendaklah direndam dengan air garam terlebih dahulu. Sebelum dimasak hendaklah dicuci bersih dan ditoskan airnya.
Jikalau mengikut mertua pula potongan peria ini hendaklah digaul dengan garam halus, dibiarkan sebentar, dicuci bersih dan ditoskan sebelum memasaknya. Pastikah hanya meletakkan secubit garam sahaja dalam masakan agar tidak termasin. Cubalah walaupun saya hanya cuci dan toskan sahaja. Pahit makanan tidak mengapa bukan. Boleh jadi ubat. Hehe...

6 comments:

  1. Salam Kak Anis,

    Sedap daging masak sate ni, cuma tak dicucuk lidi, dan ada kuah kacang. Mau kalah sate Kajang yer kak.

    Biasanya peria ni masak gulai dgn udang. sedap juga kak. Cuma pahit tu ader jugak ckit2. buat ubat..hehe

    ReplyDelete
  2. salam anis... :D

    mmmm.. sedapnye... daging masak sate...
    sedap makan ngan nasi panas2 ni.. tapi...
    kalau wat ratah je pun sooodap.. kan..
    :D

    ReplyDelete
  3. salam sweetie.
    t.kasih byk sbb sweetie rajin berkunjung ke dapur akk. akk pula jarang dpt ziarah umah sweetie. maaf ya.
    klu slalu buat rasanya mmg blh kalah sate kajang tu. hehe..
    oh, akk tak penah masak mcm tu. lain kali blh cuba nmpknya. betullah tu pahit buat ubat.:))

    salam jas.
    mmg betul tu, mkn dgn nasi panas sedap. ratah begitu pn sedap. cubalah jas.:))

    ReplyDelete
  4. sedapnya daging masak sate tu...saya mmg suka mkn sate kak...masa pregnant asyk minta mkn sate jerk...hehehe...

    ReplyDelete
  5. isk... isk... datang sini sure drooling my ayaq lioq.. hehe

    ReplyDelete
  6. salam moklong.
    mcm suami n anak sulung akk le, suka betul mkn sate. kat klate ni ada satu tmpt jual sate yg mmg sedap iaitu sate baung. saiznya besar, kuah kacangnya sedap n harganya amat berpatutan.

    salam sariyusa.
    hehe... mmg saje nak buat sariyusa terliur ni.:))

    ReplyDelete