Sunday, July 18, 2010

SUP TULANG RUSUK KAMBING


Assalamualaikum semua. Hidangan ringkas saya untuk keluarga hari ini. Sup tulang rusuk kambing, sambal kicap dengan telur dadar. Cukup sangat untuk mengalas perut kami. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Hehe...



Bahan-bahannya:

500 gram tulang rusuk kambing dipotong
7 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
sedikit lada putih ditumbuk lumat
1 batang lobak dipotong
3 biji kentang dipotong 4
2 biji tomato dipotong 4
3 batang serai dititik
sedikit daun bawang dihiris
sedikit daun sup dihiris
sedikit bawang goreng
1 bungkus rempah sup bunjut tulang
2 sudu besar rempah sup dibancuh dengan sedikit air

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga naik bau.
2. Masukkan tulang rusuk dan tambahkan air secukupnya.
3. Bila mendidih, masukkan rempah sup yang dibancuh tadi bersama rempah sup bunjut tulang. Kacau sebati.
4. Bila tulang sudah empuk tambahkan dengan potongan ubi kentang dan lobak merah.
5. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
6. Bila ubi kentang dan lobak merah telah empuk, masukkan tomato. Tutup api.
7. Hidangkan bersama hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.



Tidak lengkap hidangan sup tulang ini sekiranya tiada sambal kicap dan telur dadar juga berkicap. Jom jamu mata....

4 comments:

  1. Salam Kak Anis,
    Sup tulang kegemaran suami yatie...kena dngn sambal kicap....mmng sedap, maunya berpeluh2 bila mkn...Yatie klau masak pun goreng telur dadar sekali..

    ReplyDelete
  2. salam Anis..makasih tanya kabar atie nie..entah la nk update pon cam malas jer.dgn apa yg berlaku...buat atie sedih sgt,napa la trjadinya prkara sebegitu..

    ReplyDelete
  3. kak...sy klu mkn pun suke yg simple2 gini aje...jnji perut kenyang...

    ReplyDelete
  4. salam yatie.
    hehe... mmg berpeluh2 ms mkn sup tulang dgn sambal kicap yg pedas ni.:))

    salam atie.
    mana ada hidup yg tidak bermasaalah atie. mudah2an pihak2 yg berkenaan cepat sedar dan menyesal atas perbuataan serta rendah hati mohon maaf pd pihak yang terluka tu.

    salam moklong.
    sama la kita moklong. akk jarang masak yg berempah n bersantan2 ni. lg pn cuaca kat m'sia tak sesuai selalu makan makanan mcm tu. tp ikut selera masing2 la.:))

    ReplyDelete