Monday, August 2, 2010

AYAM MASAK KICAP BERSERAI DENGAN KENTANG


Assalamualaikum dan selamat petang rakan masak-masak semua. Lauk untuk makan tengahari tadi. Serai banyak sangat dalam stok jadi tambah-tambahkan dalam lauk kicap ayam ini. Hehe... Rasanya alhamdulillah, sedap juga. Macam rasa lauk kicap ayam biasa cuma ada bau aroma serai sahaja penambah selera.



Jom kita kongsikan resepi ayam masak kicap berserai dengan kentang yang serba ringkas ini. Kalau hendakkan kelainan boleh juga ditambah sedikit santan dan kerisik. Tambahkan juga ketumbar, jintan kasar dan jintan halus yang digoreng tanpa minyak dan dikisar. Bertambah sedaplah rasa ayam masak kicap ini...

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam - saya potong 12 bahagian digaul dengan garam kunyit dan digoreng lembab
7 tangkai cili kering dikisar
3 biji bawang sederhana besar dikisar
sedikit halia dikisar
1 biji bawang putih dikisar
3 batang serai dititik
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis - sepanjang 1/2 inci tiap 1
sedikit air asam jawa
kicap pekat secukupnya
kicap masin secukupnya
gula secukupnya
3 biji kentang - dipotong 4 dan direbus sederhana empuk
1 biji bawang besar - dipotong bulat
5 batang lada merah - dibelah 2

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Tambahkan bahan-bahan yang dikisar bersama serai yang dititik. Kacau sebati. Biar hingga pecah minyak.
2. Masukkan kicap pekat dan kicap masin secukupnya. Tambahkan dengan sedikit gula dan air asam jawa. Biar ada rasa masam, manis dan masin ikut selera masing-masing.
3. Masukkan sedikit air, biar mendidih sekejap dan masukkan ayam. Gaul sebati.
4. Tambahkan dengan kentang, kacau lagi.
5. Apabila ayam dan kentang telah mula sebati dengan kuah kicap tadi masukkan pula hirisan bawang besar dan lada merah. Kacau sebati.
6. Tutup kuali seketika, kacau lagi, matikan api dan bolehlah dihidangkan.

5 comments:

  1. salam kak anis,
    nice idea kak. biasa saya tak letak, serai dlm msk kicap. ada serai nanti, nak cuba. ;)

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis,
    Nmpk dlm gmbr menu ni sgt sedap dn menyelerakan...
    Kat luaq pula bagaimana???

    Jawapan : Dah tentu sedap sbb org yg msk tu mmg terrer..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Anis,

    Biasanya Sweetie masak Ayam kicap letak lada hitam dan cili merah potong dan tak pernah masuk cili kering kisar. nak cuba cara kak Anis pulaklah. nampak sedap.

    Kak Anis, masak ayam percik ala Kelantan dan ikan macammana ya? nak tryla bulan posa ni. Sweetie kum

    ReplyDelete
  4. salam indah.
    letak serai masakan kita ada aroma serai. akk mmg suka bau serai. hehe...

    salam en daun.
    klu nak tau sedap ke tidak kena dtg rasa masakan akk la. hehe... selera org kan tak sama en daun.
    jgn le puji lg sbb en daun lum penah rasa masakan akk.:))

    salam sweetie.
    suami akk tak tahan mkn lada hitam sweetie, dia kata lidah, tekak n dada dia mcm terbakar. hehe... mcm2.
    letak lada putih pn adakan.:))
    resepi ikan n ayam percik ada dlm blog akk ni. tp akk buat versi yg merah sbb biasanya kat klate ni jual yg putih sbb tak letak cili kering. klu sweetie nak sedap bakar dgn dapur arang.
    sweetie dtg le klate nnti akk belanja mkn kat restoren yati ayam percik.:)) famous tau kat cni. kena cepat sbb bln 8 ni mkin abg kena transfer neg lain.:))

    ReplyDelete
  5. Salam Kak anis,

    Memang kat sini kalau kat Bazaar ramadhan tu, penjualnya memang pure orang Kelantan, sedap Kak Anis ikan percik atau ayam perciknya.

    Tima kasih kak, sweetie akan terjah balik resepi kak Anis tu dan tima kasih jemput Sweetie ke sana. InsyaAllah 1 masa nanti kita jumpa ya.

    ReplyDelete