Thursday, August 26, 2010

ASAM PEDAS LAGI...


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Saya tidak berkesempatan hendak membuat entri tentang asam pedas ini semalam. Semalam dan hari ini tekak sudah mula rasa perit dan bersin-bersin. Telefon ke kampung menurut bapak, beliau bersama adik dan makcik pun baru sembuh dari demam dan selsema. Begitu juga dengan adik perempuan saya di Nitar 2, khabarnya anak beranak kena virus yang sama. Kelmarin kakak sulung telefon pun selsema, demam dan batuk satu keluarga. Harap-harap sakit saya cepat sembuh dan anak-anak terus sihat. Ameen.



Ikan tongkol@aya ini pada mulanya hendak saya masak singgang sahaja. Namun bila dibelek-belek ikan tongkol ini isinya lembut seperti tenggiri jadi saya masakkan asam pedas kesukaan suami. Suami pula lebih suka ikan tongkol yang isinya keras berbanding yang lembut. Saya pula tidak kisah pasal makanan, apa yang ada saya makan sahaja janji halal. Hehe... Sesiapa yang berminat dan sudi mencuba masakan asam pedas ikan tongkol saya, bolehlah rujuk entri terdahulu saya tentang asam pedas di bawah label lauk pauk.

3 comments:

  1. Salam kak anis,
    Akk msk asam pds mmg tak masukkn bnga kantan ke? Sy tgk dlm menu yg tdahulu pn takdak bnga kantan ni.
    Aya isi keras dn isi lembut tu mmg dr spesis aya yg bbeza. Yg isi keras tu rasanya aya kurik. Kalau kat sini, ikn tongkol isi keras tu depa pggil 'ikn tore' dn yg isi lembut dikenali dgn nama 'ikn mamu'. Ikn mamu ni lbh sdp isinya dn lbh mhl hrganya..hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam en daun.
    Suami akk tak suka bunga kantan la sbb tu akk tak letak wp akk suka.
    Suami akk suka info ttg ikan tore dan ikan mamu yg en daun berikan ni. Sibuk dia bercerita dgn akk. Hehe... Itulah silap beli ikan aya kat pasar hari tu. Terus hilang selera dia nak makan.

    ReplyDelete
  3. hurm..sedapnye..ni faveret erul nie..hehe

    ReplyDelete