Monday, August 16, 2010

SUP AYAM ORGANIK BEREMPAH


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Surirumah seperti saya tentu ada yang sedang pening kepala memikirkan apakah juadah yang hendak dihidang kepada suami dan anak-anak untuk berbuka puasa nanti. Hehe... Juadah berbuka semalam sup ayam organik berempah , sambal kicap limau kasturi dan ayam goreng perap. Pemanis mulutnya saya buat puding coklat@koko lagi.



Jom kita kongsi resepi sup ayam organik berempah yang sempoi ini. Ayam organik ini saya beli di kedai HPA.

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam organik bahagian dada - dipotong ikut suka
3 biji bawang besar kisar
1 inci halia kisar
1/2 inci lengkuas kisar - ikut suka
2 batang serai dititik - ikut suka
5 biji bawang merah dimayang halus
sedikit ketumbar *
sedikit jintan halus *
sedikit jintan kasar * - dibasuh, ditos, disangai dan dikisar
rempah tumis 4 sekawan
1 batang lobak merah dikerat-kerat
2 biji tomato dipotong 4
2 biji kentang dipotong 4
hirisan daun sup
sedikit bawang goreng

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan kisar dengan ketumbar, jintan kasar dan jintan halus ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan rempah tumis hingga layu dan naik bau.
3. Masukkan campuran bahan-bahan kisar diikuti dengan serai dan kacau sebati.
4. Masukkan ayam bila bahan-bahan kisar tadi telah naik bau. Kacau dan tambahkan air.
5. Bila ayam empuk dan kuah mulai menggelegak masukkan pula kentang dan lobak merah.
6. Biar hingga kentang dan lobak merah empuk baru tambahkan garam dan perasa secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan potongan tomato tadi. Tutup api dan hidangkan dengan bawang goreng dan daun sup.



Yang ini ayam goreng perap. Senang sahaja hendak menyediakannya cuma tumbukkan 3 biji bawang merah dan 5 biji bawang putih hingga lumat. Tambahkan dengan sos tiram dan kicap pekat secukupnya dan lumurkan pada ayam. Perap seberapa lama yang disukai dan goreng ikut suka. Kegemaran suami dan anak-anak ini. Hehe....

5 comments:

  1. Salam K.anis..sup ayam semangkuk..he he he nak buat buka..terbukak selera menengoknya...

    ReplyDelete
  2. wow! mcm2 ada utk buka pose, nangis makcik yg niaga kat pasar ramadan.. hehe

    ReplyDelete
  3. salam anis...selera sungguh tgk ayam ni...oppps posa! boleh cuba ni...tq.

    ReplyDelete
  4. salam kerull.
    semalam akk dtg bw sup semangkuk. dah ketuk2 pintu tp takde org buka la. hehe...

    salam sari.
    bukan selalu mcm ni, hihi... kdg2 berlari ke makcik niaga kat bazar ramadhan juga. hehe...

    salam almya.
    cuaca tgh panas ni mmg sesuai rasanya berbuka dgn hidangan berkuah ni.:))

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Anis,

    Sup tu menambah selera yer. Kadang-kadang tak tahu nak masak apa.

    Puding koko, berkilat sesuai menjadi pemanis mulut untuk berbuka posa.

    ReplyDelete