Monday, August 9, 2010

BIHUN GORENG PUTIH


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Kita sambung lagi bercerita tentang menu edisi tertunda yang baru sempat malam ini saya kongsikan. Bihun goreng putih ini suami saya yang berikan namanya. Saya hidangkan untuk tetamu suami yang kurang pemakan orangnya dan hanya makan nasi sehari sekali dan itu pun dalam kuantiti yang suku dari suami.



Cuma tumiskan beberapa bawang putih yang dititik. Tambahkan daging ayam, udang, dan sotong. Gaul sebati, diikuti garam dan perasa secukupnya. Masukkan bihun dan kacau rata, diikuti hirisan kobis, lobak merah dan sawi. Akhir sekali tambahkan sayur beku iaitu biji jagung, kacang pis dan lobak merah.



Karipap initi sardin ini pula saya hidangkan untuk minum petang. Saya buat dalam kuantiti 2 cawan tepung dan dapat lebih kurang 20 biji karipap. Memang licin sebab di samping tetamu yang makan, anak-anak dan suami pun amat menggemarinya.

2 comments:

  1. Salam,

    Bihun putih, sesuai untuk mereka yang tak makan pedas. Sama Macam bihun singapore yer.

    ReplyDelete
  2. salam sweetie.
    budak2 suka mkn bihun ni. ada nama lain lg iaitu bihun goreng temasik. hi3

    ReplyDelete