Friday, August 20, 2010

SAMBAL GORENG JAWA YANG SEMPOI


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Saya curi-curi masa untuk buat entri baru ini. Hehe... Sambal goreng jawa saya ini cuma ada bahan-bahan asas saja. Udang, tempe dan kentang. Lebih sedap jika ada perut lembu, pelempong dan tetel. Saya masak apa yang ada dalam peti sejuk sahaja. Bagi saya, suami dan anak-anak, alhamdulillah ini pun sudah mencukupi tetapi kalau hendak dibuat hidangan hari raya lebih elok sekiranya bahan-bahan basah yang lain ada sebab rasanya lebih meriah.



Dalam entri-entri terdahulu telah saya sisipkan resepi ini bersama tetapi tidak mengapalah sekiranya ada sesiapa yang sudi hendak mencuba resepi ini saya dengan senang hati menitipkan kembali di sini.

Bahan-bahannya:

500 gram udang
1 keping tempe - dipotong dan digoreng
2 biji kentang - dipotong dan digoreng
5 biji bawang merah kisar
1 biji bawang putih kisar
2 batang serai kisar
sedikit lengkuas kisar
air asam untuk mengisar
2 batang cili hijau hiris
3 batang cili merah hiris
5 biji bawang merah dimayang
kicap masin dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan lada serta bawang yang dimayang hingga layu dan keperangan.
2. Masukkan bahan-bahan kisar, kacau sebati dan biar hingga naik bau.
3. Tambahkan dengan gula dan kicap masin secukup rasa. Kacau lagi.
4. Masukkan udang, kacau. Bila udang menjadi kemerahan, masukkan pula tempe dan kentang yang digoreng lembap tadi.
5. Kacau sebati dan biarkan kesemua bahan-bahan tadi mesra, bolehlah dihidangkan.

4 comments:

  1. Salam kak anis,
    Aloh laa...akk msk udang... Blh tgk je kalo menu ni. Akk biasa buat percik Kelate tak? Bln posa ni percik cukup popular di Kelate.

    ReplyDelete
  2. Kat Johor pn panggil pelempong jg ke?

    ReplyDelete
  3. salam mbakyu...
    waa..sambal goreng jawa sampai ke seberang...
    nyam..
    makan dengan nasi panas :D

    ReplyDelete
  4. salam en daun.
    akk ada 2, 3 kali buat ayam percik klate tu tp rasanya tak sesedap dibakar dgn dapur arang la. huhu..
    bkn ayam percik je akk tgk, ikan percik pn byk tp akk tak beli lg pose ni. thn ni lbh suka mkn ayam panggang plk. hehe...
    org johor panggil paru, hehe... saje nak menyamar jd mek klate. hehe...

    salam deeTha.
    wong jowo yo mangan sambal goreng jowo. hehe.. menu wajib mertua kakak masa raya ni.:))

    ReplyDelete