Sunday, August 15, 2010

KARI DAGING KAMBING BERKENTANG TANPA SANTAN


Assalamualaikum semua. Dua tiga hari ini saya agak sibuk hendak menjenguk blog, apatah lagi hendak mengupdatenya. Begitu juga hendak berziarah ke blog rakan-rakan. Masakan ini saya masak Jumaat lepas untuk berbuka. Sejak akhir-akhir ini entah kenapa suami lebih gemar saya masak daging kambing berbanding daging lembu seperti biasa. Sebagai isteri saya mengikut sahajalah, anak-anak pun suka. Selain makan nasi berlaukkan kari daging kambing ini, dua beradik ini juga turut mencicahnya dengan roti canai. Sedap kata mereka, alhamdulillah. Saya yang masak ini pula terasa loya apabila memakannya. Hehe...



Kentang ini saya dan suami saja yang suka memakannya. Daging kambing ini cepat empuk dimasak dan lembut teksturnya. Kalau di Pasar Berek 12, sekilogram harganya RM23.00 dan kalau di Pasaraya Mydin tidak silap saya RM24/25.50 sekilogram. Biasanya saya beli setengah kilogram saja, itu pun banyak kali dihidang baru habis. Hehe...



Bahan-bahannya:

1/2 kilogram daging kambing
7 tangkai cili kering dikisar
3 biji bawang besar dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
sedikit air asam jawa untuk mengisar
1 paket rempah kari daging }
1-2 sudu besar rempah kari ikan } dicampur dengan bahan kisar untuk dijadikan pes
7 biji bawang kecil dimayang
3 biji kentang dipotong 4
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil yang dimayang hingga layu dan keperangan. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau sebati.
2. Tambahkan pes kari tadi dan kacau lagi. Masak hingga bahan-bahan naik bau dan pecah minyak. Tambahkan dengan gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
3. Masukkan potongan daging kambing dan gaul sebati dengan rempah yang ditumis tadi. Tambahkan air secukupnya, banyak ikut citarasa kuah masing-masing. Tutup periuk. Renehkan dengan api kecil sehingga daging empuk.
4. Masukkan potongan kentang dan bila kentang hampir empuk barulah tambahkan garam secukup rasa. Kacau lagi. Sekiranya kuah pekat bolehlah tambah sedikit air lagi.
5. Tutup api bila daging kambing dan kentang benar-benar empuk.

3 comments:

  1. sayapun suka daging kambingh sama ada kari atau sup. tapi skang xleh byk2, nanti pening kepala...

    elok resipi ni sbb tak guna santan.

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis,
    Dh siap2 nk buka posa la kn skrg ni. Kat Kelate awai skt buka posa. Kiorg kat sni lmbt 10 mnt. Sdp tu dgg kambing, sy suka dgg kmbing sbb lbih lmbut dn rndh kolesterol. Mgkut fakta, dgg kmbing jauh lbh baik drp dgg lembu.

    ReplyDelete
  3. salam en pie.
    cuba elakkan makan daging kari yg bersantan n sup daging kambing yg rempahnya ditumis, just rebus2 je. insyaAllah. sy ni masak je en pie tp makannya tak sgt. hehe...
    Rasulullah SAW pn gemar mkn daging kambing.:))

    salam en daun.
    kelantan skrg waktu berbuka 7.27pm. sebab tu la suami akk skrg tak nak mkn daging lembu sbb katanya daging kambing lbh baik dr daging lembu.
    mmg betul sbb akk yg masak ni dpt tgk sendiri yg daging kambing ni mcm tak berlemak berbanding dgn daging lembu.:))

    ReplyDelete