Thursday, August 12, 2010

TAUCHU IKAN


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Lauk tauchu ikan ini saya masak hanya untuk suami sebab saya dan anak-anak memang tidak menyukainya. Menu yang mudah tetapi berjaya menambat selera suami, alhamdulillah.



Bahan-bahannya:

2 ekor ikan - digaram kunyit dan digoreng hampir masak
5 biji lada merah dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1 biji bawang putih dihiris
2 sudu besar tauchu - dibilas dan ditoskan
air asam jawa
gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga hampir layu. Masukkan tauchu yang telah dibilas dan ditos tadi. Kacau sebati.
2. Masukkan gula dan perasa. Kacau lagi.
3. Masukkan air asam jawa dan sedikit air biasa.
4. Bila kuah sudah menggelegak, masukkan ikan yang digoreng tadi. balik-balikkan. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.

4 comments:

  1. salam ramadhan, kak anis,
    apa khabar? sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya.
    saya pun suka ikan masak taucu macam ni. :D

    ReplyDelete
  2. salam kak anis, selamat berpuasa, moga beroleh rahmat dariNya...
    lama tak dengar citer akak, moga sihat selalu

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah dan selamat berpuasa buat Kak Anis,
    Masakan ni ringkas dan tak pedaskan kak..
    dalam sebulan mesti 3kali Sweetie masak taucu ni.

    ReplyDelete
  4. salam indah.
    sama2lah kita ya. wp manalah indah ada buat salah kat akk. masakan yg simple n sedap klu suka. hehe...

    salam su.
    sama2lah kita ya su. akk sihat alhamdulillah, t.kasih. su ttu sibuk siapkan tembahan cookies ni. moga bertambah rezeki su di bln ramadhan ini.:))

    salam sweetie.
    selamat berpuasa juga sweetie. t.kasih. mmg ringkas n tak pedas, betullah tu. hehe...

    ReplyDelete