Wednesday, August 18, 2010

PANCAKE


Assalamualaikum dan selamat tengahari. Semalam saya buatkan pankek untuk anak-anak sebagai hidangan sampingan untuk berbuka. Saya masih belum lulus buat pankek, kena ambil kursus dengan Yatie yang pankek dari hasil air tangannya cantik dilihat. Apa pun selepas anak-anak berterawih dan baca yasin, pankek yang tinggi susunannya tinggal 4 keping berbaki. Alhamdulillah.



Anak-anak gemar makan pankek bersama madu asli HPA. Suami memang tidak menyentuh langsung pankek ini sebab beliau memang tidak gemar makanan-makanan 'mat saleh' ini, seleranya lebih kepada kuih-kuih melayu lama.



Jom kita panjang-panjangkan resepi pankek yang sudah ada lama dalam simpanan saya. Sumber tentulah dari Yatie, terima kasih banyak ya Yatie. Izinkan kakak salin semula di sini.

Bahan-bahannya:

11/2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bicarbonat * - bahan-bahan ini diayak
1 biji telur gred A
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak - saya guna minyak jagung
1 cawan susu segar

Cara-caranya:

1. Pukul telur dan gula hingga sebati. Masukkan minyak masak. Pukul lagi hingga mesra.
2. Tambahkan adunan tadi dengan tepung yang diayak berselang seli dengan susu segar. Kacau rata dan buat hingga habis bahan-bahan tadi.
3. Rehatkan selama 20 minit.
4. Panaskan kuali non stik dan masukkan sesenduk adunan pankek tadi. Bila timbul rongga-rongga udara di permukaan atas pankek tadi barulah diterbalikkan.
5. Buat langkah 4 hingga habis. Bolehlah dihidangkan pankek ini bersama mentega dan madu.

8 comments:

  1. Salam Kak Anis,

    buat bersahur kenyang juga makan pancake ni. Tak yah makan nasi.

    ReplyDelete
  2. sama la ngan saya kak anis..tak lulus lagi buat pankek..org lain buat sama je..cm ukur ngan pembaris..

    ReplyDelete
  3. salam sweetie.
    anak2 n suami biasanya sahur mesti nak mkn nasi wp sikit. hehe... tekak org melayu sweetie. tp ada juga yg blh mkn kurma n minum susu@air je mcm biras akk. akk pn tak blh sbb ada sakit angin gastrik. huhu...

    ReplyDelete
  4. Salam K.anis..pancake ni lih wat desert kot..he he..tp mmg cantik je nampak pancake k.anis tu..gebu..hu hu hu..mesti sedap makan panas2..saya pun sahur mesti kena nasik gak..kalau tak pedih perut...

    ReplyDelete
  5. Salam kak anis,
    Ni lempeng org puteh la kn. Pancake ni nmpk mcm apam bakar Kelate (cicah nyoq parut tu)tp rasanya pasti bbeza. Ptg ni dh msk ke utk bbuka sat lg? Tp mgkin ada menu yg main tunjuk2 je kn..he3..

    ReplyDelete
  6. Salam kak anis,
    cantik dah pancake tu kak. molek jer bulatnya.
    uish... buat lapar petang2 ni. kalu wat moreh pun laku pancake ni. hihi.
    selamat berbuka kak. :)

    ReplyDelete
  7. salam kak anis...wah dah menjadi pancake...memang budak2 suka makan..biasalah bapak2 memang tak berapa suka kuih2 'mat salleh'.

    ReplyDelete
  8. salam izah.
    rasanya kena cairkan sikit kot adunan pankek tu baru cantik je bulatnya mcm kita buat dorayaki. hehe...

    salam en daun.
    lempeng org putih, abg lempeng melayu pn tak minat, dia suka cekodok bilis. hi3.
    tiap2 hari ana menu tunjuk2 iaitu murtabak tp beli sekeping je dgn ayam panggang 2 ketul. hehe... syoknya duduk klate, jgn jeles en daun.:))

    salam indah.
    anak2 mmg suka, rasanya blh buat lg. kali ni nak cuba pankek mayonis plk. hari tu dah buat tp malas nak tangkap gmbr. anak kata dia suka yg mayo. hehe...
    boleh sgt. t.kasih indah.:))

    salam su.
    alhamdulillah wp tak bulat mcm tuan yg buat. hehe... nak buat lg rasanya su.:))

    ReplyDelete