Thursday, August 5, 2010

BUAH KEMBANG SEMANGKUK


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Entri kali ini bukan tentang masak-masak dan keluarga dan kehidupan tetapi entri khas untuk blogger Dedaun Alam, En Daun. Inilah rupa buah kembang semangkuk yang belum direndam dan kembang. Biasanya kita jumpa buah yang sudah kembang ini di dalam minuman lai chi kang. Di antara khasiatnya boleh meredakan panas badan dan batuk-batuk yang tidak mahu sembuh walaupun sudah menelan berbotol-botol ubat. Hehe... Kalau hati panas pula kenalah berwudhuk untuk menyejukkannya.
Buah kembang semangkuk ini kecil sahaja saiznya, lebih kurang saiz syiling 5 sen. Biasanya kalau di Johor banyak di jual di kedai-kedai sinseh atau kedai ubat cina. Biasanya buah-buah ini akan dicuci bersih, ditoskan dan direndam semalaman dengan air panas mendidih. Untuk lebih menyedapkan lagi rasanya sesetengah orang akan mencampurkan air rendaman bersama buah kembang semangkuk ini dengan sedikit gula atau gula batu.

4 comments:

  1. kak nis..yang pisang tuh saya belasah je guna berangan ranum...ok je rasanya.. ini gini rupebuah kembang ni kering gini..cam kurma kering ye rupanya

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis,
    Hehe...tima kasih buat n3 ni utk pkenalkn buah kmbg smgkuk pd sy dn smua pmbaca blog akk. Ada jual kat kedai ubat cina ye. Blh la sy g usya nti..he3.. Blh ke kalo kita mkn buah ni tnpa rendam bg kembang dulu? Nmpk mcm sdp je tu.

    Buah ni ada kepak kn? Bila gugur ia akn terbang smbil bputar spt buah meranti.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Anis,

    Betul tu, kalau panas badan, eloklah direndam buah ni, dan minum airnya.

    ReplyDelete
  4. salam izah.
    sebenarnya pisang berangan akk byk, dah ranum sgt plk tu. itu yg tny kat izah. hehe... gitulah rupa buahnya bila direndam kembang semangkuk.:))

    salam en daun.
    sama2 en daun. buah ni kering n ringan je. tak blh mkn mcm tu aje kena rendamlah dulu.
    akk pn tak tahu samada buah ni berkepak atau tidak n mcm buah meranti. maaf la en daun, nnti klu balik kg akk cuba tnykan dgn cina penjual ubat tu.:))

    salam sweetie.
    petua org lamakan sweetie, biasanya mmg mujarab.:))

    ReplyDelete