Thursday, January 21, 2010

SAMBAL SARDIN



Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini saya masak sambal sardin ringkas sahaja. Saya lebih suka jika sardin ini masak tumis kering letak cili api banyak-banyak tetapi anak-anak tidak berapa suka. Lagi pun sama seperti suami, anak-anak tidak tahan pedas. Sambal sahajalah yang laku nampaknya.

Bahan-bahannya:

1 tin besar sardin ( ditoskan sosnya )
3 sudu besar cili kering dikisar
7 biji cili api hijau *
5 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
sedikit belacan *
5 keping asam keping ( sebab saya guna saiz kecil )
garam secukup rasa.

Cara-caranya:

1. Tumbuk agak-agak lumat bahan-bahan bertanda *
2. Tumiskan cili kering kisar, diikuti dengan bahan yang ditumbuk. Kacau dan masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan sardin yang telah ditoskan sosnya tadi dan kacau sebati. Biarkan sebentar di atas api.

2 comments:

  1. huhu ..tu kalau pekena dgn roti canai ke,capati ke...mau terangkat tu........

    ReplyDelete
  2. salam kamsiah. hehe... betullah tu, akk selalunya cicah dgn roti bakar n roti canai segera. tu yg bdn makin bulat.

    ReplyDelete