Friday, January 8, 2010

BERGEDIL TAUHU



Bergedil setelah dibentuk bulat-bulat dan menanti untuk digoreng.


Assalamualaikum dan selamat petang Jumaat. Hari ini entri saya tentang bergedil tauhu yang saya buat semalam. Seronok kongsi-kongsi cerita walaupun masakan saya ini biasa-biasa sahaja. Baru malam kelmarin saya dan kakak Ina berbual pasal bergedil tetapi bergedil daging sebab anak perempuan beliau teringin hendak memakannya. Kalau beli tentulah rasanya tidak sesedap air tangan emak sendiri. Bergedil tauhu ini pun kakak saya yang ajarkan. Selain merupakan makanan yang berkhasiat, ianya juga sedap terutama ketika dimakan waktu panas-panas. Janganlah keluar dari kuali terus makan nanti melecur pula lidah dan jatuh makruh pula. Hehe... Bergedil tauhu ini pun rasanya tidak seasli resepi Ina sebab saya sudah tambah bahan mentahnya sedikit. Umpamanya kentang sebab kentang saya ada yang sudah mula membusuk kalau dibiarkan, alamatnya tong sampahlah penghuninya. Membazir pula. Saya juga masukkan bawang goreng lebihan masak laprik semalamnya. Jom kita kongsi resepi lagi, mana tahu ada yang berminat untuk mencubanya..

Bahan-bahannya:

500 gm udang dikupas kulit dan dicincang isinya
7 keping tauhu dilenyek sampai hancur
4 biji kentang saiz kecil dikupas kulit, dihiris, digoreng dan ditumbuk lumat
1 biji lada merah dibuang biji dan dihiris nipis
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai daun bawang dihiris
1 tangkai daun sup dihiris
garam dan serbuk lada putih secukupnya
2 biji telur dipukul sebati

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali telur ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati.
2. Bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit.
3. Celup dengan telur yang dipukul tadi dan goreng dengan api sederhana supaya masak sempurna.

2 comments:

  1. Salam kak Anis.
    Saya tak penah makan begedil tauhu. Tapi, nampak isi udang tuh, mesti sedap, kan?

    ReplyDelete
  2. salam indah. cubalah buat, kot2 serasi dengan selera indah. bahan2 n cara2 nak buat pn simple aje. klu mkn berdua tauhu 2 keping rasanya memadai sebab akak try buat 7 keping byk sgt rasanya. hehe...

    ReplyDelete