Wednesday, January 27, 2010

APAM BERAS



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Inilah apam beras atau apam salju hasil dari melayari blog am, florakitchen dan yatie, yatiememories. Sedap sungguh, anak-anak pun suka. Jika mahu mencuba resepi ini bolehlah jenguk-jenguk blog am dan yatie ya. Akak nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada adik-adik berdua kerana telah memberi inspirasi untuk mencuba apam yang sedap ini. Bila diwarna-warnakan lagi cantik dan menyelerakan. Hamimah asyik senyum sahaja sambil mengunyah apam beras ini. Anak ke dua saya ini memang teramat gemar makan apam. Hehe... Sampai makan malam pun diabai sebab kekenyangan mengunyahnya. Tidak mengapalah sebab apam ini pun dari nasi juga. Jom jamu mata...

Atas permintaan kakzie songketenun dan mamahawa saya letakkan resepi apam beras@apam salju di sini.

Bahan-bahannya:

2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering

Cara-caranya:

1. Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
5. Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.

4 comments:

  1. SALAM anis boleh tak bagi resipi apam tu...anak kak si izzah pun suka sgt makan kuih apam ni...boleh kongsi tak resipi?kak tunggu k

    ReplyDelete
  2. salam kak zie. blh.
    bhn2nya:
    2cwn nasi kisar dgn 21/2 cawan air dan 11/2 cwn gula sampai halus. dlm mangkuk besar campurkan 2 cwn tepung, 2 cwn tepung beras n 1 sudu teh yis kering. masukkan bhn2 yg dikisar dlm campuran tepung. kacau sebati dan tidak bergentel2. biarkan 3 jam n blh kukus. tu je kak. klu nak warna warni blh guna pewarna. hehe...

    ReplyDelete
  3. salam anis

    terima kasih byk2 ya mudah2an murah rezeki berkongai resipi...insyallah nak cuba gak buat.
    i lap u.

    ReplyDelete
  4. sama2 kakzie. mudah2an. Amin. lap u too...

    ReplyDelete