Friday, January 22, 2010

KUIH BAKAR ROTI



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini entri saya tentang kuih bakar roti pula. Sudah lama saya berkira-kira untuk membuat kuih bakar roti ini. Memandangkan roti masih banyak dan menghampiri tarikh luput saya pun cubalah membuatnya. Malam tadi selepas solat isya' saya terus ke dapur dan menyediakannya. Tawakkal sahajalah sebab memang belum pernah buat. Tadi selepas solat subuh saya cuba mengeluarkan kuih bakar roti dari acuan, alhamdulillah mudah juga dan setelah dirasa, syukur. InsyaAllah cukup rasa... Jom kita kongsi resepi lagi.

Bahan-bahannya:

7 keping roti ( saya guna roti gardenia )
200 ml pati santan (saya guna santan kotak ayam brands biru )
2 cawan air
11/2 cawan gula ( boleh dikurangkan kalau suka )
11/2 cawan tepung gandum ( diayak supaya bila dibancuh tidak berketul-ketul )
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla ( sebab saya takut kuih bau hanyir telur )
sedikit pewarna hijau ( ikut suka )

Cara-caranya:

1. Siat-siat roti dan rendam dengan 2 cawan air. Bila telah lembut lenyek-lenyekkan supaya hancur. Saya kisar sahaja. Hehe...
2. Di dalam mangkuk besar lain, pukul telur dan gula hingga sebati.
3. Masukkan pati santan, esen vanilla dan pewarna hijau. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum dan kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan sebatian roti tadi dan digaul sebati. Masukkan dalam acuan yang telah disapu minyak dan bakar hingga masak.

2 comments:

  1. salam anis...apa khabar?...sedapnya kuih bakar roti..petang2 begini..dimakan sambil minum air kopi panas2..aduih..nie yang buat tinta lapar..:)

    ReplyDelete
  2. salam tinta. akk sihat alhamdulillah. mudah2an tinta n family pn begitu juga. first time buat tinta. arwah mak akk rajin buat kuih bakar ni.

    ReplyDelete