Saturday, November 7, 2009

SELAMAT HARI JADI NOOR SYUHADAH

Hari ini genap usia anak sulung saya Noor Syuhadah, 13 tahun. Tetapi kalau mengikut tahun hijrah beliau bertambah usia pada 25 Jamadilakhir yang lalu. Alhamdullilah. Mudah-mudahan bertambah matang dan bertanggungjawab bukan sahaja kepada Allah tetapi ibubapa dan diri sendiri seiring peningkatan usianya. Pagi tadi saya keluar ke pasar bersama suami untuk mencarikan kek harijadinya tetapi tidak tahu di kedai mana menjual kek yang sedap-sedap. Kalaulah saya tinggal berdekatan dengan umi, awal-awal lagi saya sudah menempah kek harijadi bahkan bukan untuk Syuhadah sahaja tetapi suami, Hamimah dan Adham. Saya berniat hendak membakar kek sendiri mengikut resepi kek coklat kak ummi tetapi kata suami buat apa susah-susah, beli sahajalah. Gambar keknya nantilah saya tepek sebab belum beli lagi dan sekejap lagi hendak keluar mencari. Buat Noor Syuhadah, selamat hari jadi mak ucapkan. Doa emak sentiasa mengiringi akak sejak akak dalam kandungan lagi. Jadilah anak yang solehah dan moga berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Amin...

No comments:

Post a Comment