Monday, November 2, 2009

MENU HARI INI





Hari ini saya masak sup ayam hadnyai yang saya cedok dari resepi kak ummi. Terima kasih kak. Sedap sungguh sup ini dimakan dengan nasi yang masih panas bersama ayam goreng (hodohnya rupa) dan berulamkan timun. Ayam goreng cina ini pula memang kegemaran suami dan anak-anak gadis saya. Cara menyediakannya senang sahaja iaitu cuma tumbukkan bawang merah dan bawang putih. Selalunya untuk separuh ayam saya gunakan 2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih yang agak besar. Setelah siap ditumbuk campurkan dengan kicap pekat dan sos tiram. Gaul rata pada ayam dan perapkan. Lebih lama diperap, lagi sedap dan menyerap rasanya. Hehehe.... Part yang saya tidak suka adalah ketika menggoreng ayam ini. Sudahlah meletup-letup, sisa gorengannya melekat di kuali dan payah hendak membersihkannya. Last2 saya gunakan kuali non stik habis cerita tapi bab meletup-letup tu tak dapat den nak nolong. Oleh kerana suami dan anak-anak gemar makan saya berkorbanlah takut kena minyak panas. Tadi saya sudah siap melenyek ubi keledek untuk dibuat keria. Hari tu buat suami tidak merasa kerana outstation, kasihan pula. Kalau sudah siap diuli dan dibentuk-bentuk bolehlah disimpan di peti sejuk sebab suami outstation lagi. Bila hendak dimakan tinggal goreng sahaja.

No comments:

Post a Comment