Wednesday, November 25, 2009

AMERICAN CHOCOLATE CAKE




Salam semua. Pagi ini mendung lagi, syukurlah sebab hujan tidak turun berterusan. Hari ini saya hendak buat entri tentang kek coklat yang saya buat petang semalam. Resepi ini saya ambil dari blog Kak Ummi, Kuantan ( berbanyak terima kasih kak) dan sudah lama saya salin tetapi saya baru mencubanya. Salah satu sebab suami tidak gemar makan kek. Namun bila cuti sekolah ini, ditambah dengan cuaca sejuk sebab hujan berpanjangan saya buatlah untuk anak-anak. Anak-anak pula tidak sabar-sabar untuk menikmatinya. Selesai masak untuk tengahari saya terus membuat kek ini.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung*
2 cawan gula caster
3 suku cawan serbuk koko*
2 sudu teh serbuk penaik*
2 sudu teh baking soda*
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam#
1 sudu teh nescafe#
1 cawan air panas#

Cara-cara membuatnya:

1. Ayak bahan-bahan bertanda *
2. Campurkan bahan-bahan bertanda # dan larutkan
3. Campurkan minyak masak, telur dan gula. Pukul sebati.
4. Masukkan bahan yang diayak, diikuti bahan #, susu dan digaul dengan senduk kayu.
5. Bakar pada kepanasan 170, selama 45 minit.

Untuk topping saya gunakan:

1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan mentega

Cara-caranya:

1. Masak semua bahan hingga larut dan sebati.

Alhamdullilah, anak-anak kata sedap. Separuh dari kek ini saya bagi jiran sebelah dan feedbacknya sekejap sahaja dah licin. Hehe...

3 comments:

  1. cubalah buat kak. keknya tidak berapa manis dan lembab. rasanya pun sedap. Untuk topping boleh gantikan mentega dgn minyak jagung juga.

    ReplyDelete
  2. Cubalah kak. Memang sedap. Anak-anak tentu suka.

    ReplyDelete