Thursday, November 5, 2009

PARU GORENG BERLADA DAN ASAM PEDAS SIAKAP LAUT





Paru goreng berlada ini kesukaan Syuhadah, puteri pertama saya. Kalau makan nasi berlaku paru lembu (masak apa-apa pun) laju sahaja dia makan. Sekarang ini puteri ke dua saya Hamimah pun sudah berkongsi minat makan lauk paru ini. Sedap katanya, kalau tidak asyik makan nasi dengan kicap manis dan ikan. Sewaktu ke pasar tempoh hari saya yang minta suami belikan paru ini sebab teringat Syuhadah suka makan tetapi suami saya kurang setuju sebab menurut beliau tidak elok makan organ dalaman haiwan. Memang betul tetapi sesekali makan boleh bukan. Saya masak pun dalam 350 gram sahaja. Bukan apa, bila lihat anak-anak bersemangat makan berbunga rasa hati dan rasa seronok sangat. Sementara untuk suami saya masakkan asam pedas ikan siakap laut ( ikan ini pun baru jumpa sejak tinggal di Kota Bharu, biasanya siakap air tawar). Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja menu asam pedas yang saya masak. Masakan ini macam sudah sebati dengan suami sebab sejak zaman anak-anak dan bujang, memang inilah lauk yang kerap dihidangkan mertua. Kadang-kadang kuah asam pedas ini suami gemar cicah dengan roti bakar. Masakan seperti sweet sour dan stim memang suami tidak gemar. Jadi untuk jalan selamat masaklah asam pedas...

No comments:

Post a Comment