Wednesday, February 10, 2010

APAM COKLAT


Suami tidak minat kuih apam jadi saya buatkan beliau karipap sardin lagi. Saya bentuk bulat pula selepas melihat karipap yang dibuat oleh yatie. Nampak comel pula. Hehe...


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Moga sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang. Apam coklat ini saya buat semalam, tetapi baru petang ini saya dapat buat entri tentangnya. Resepinya saya ambil dari rumah kak ummi ( home sweet home ). Nampak mudah dan bahan-bahan yang digunakan simple sahaja. Terbukti telahan saya dan bukan itu sahaja, rasanya memang sedap dan makan sebiji pun, alhamdulillah sudah cukup. Saya letak resepinya di sini. Terima kasih buat kak ummi atas resepinya yang sedap ini.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ke dalam jug pengisar dan kisar hingga tidak bergentel.
2. Kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

2 comments:

  1. salam kak anis,
    wah! mesti moist sangat2 apam cekelat tu,kak. saya suka!
    karipap sadin pun satu lagi yg saya suka. ha, yang bolat tu nampak rangup jer. mintak seketul kalu ada lagi. hihi

    ReplyDelete
  2. salam indah. sedap tau apam tu. senang je buatnya. akk klu goreng karipap kena garing2 sbb abg tak suka yg nmpk lembab. akk bg sepiring karipap buat indah ni. hi3

    ReplyDelete