Monday, March 22, 2010

UDANG GORENG TEPUNG RANGUP




Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi tidak sempat menyiapkan entri tentang udang goreng tepung rangup kerana perlu menyiapkan pakaian kerja suami dan sekolah anak-anak dan membersihkan ruang dapur. Memang rutin harian saya sebelum masuk tidur adalah memastikan ruang dapur sentiasa bersih dan kemas. Pukul 2 pagi pun saya sanggup tidak tidur jika sekiranya masih ada cawan dan pinggan-mangkuk yang tidak bercuci, kalau dibiarkan mahu tidur saya tidak lena. Hehe... Ini pun curi-curi masa sementara menanti suami yang sedang bersiap-siap hendak ke tempat kerja.
Sudah lama saya tidak menggoreng udang seperti ini. Jika dimasak sambal atau lainnya pasti tidak habis jadi saya goreng dengan tepung beras. Resepi asal dari emak mertua tetapi saya ubah dan tambah bahan tumbuknya sedikit supaya lebih sedap. Alhamdulillah licin... Jom kita kongsi resepi...

Bahan-bahannya:

500 gram udang sederhana besar
3 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
secubit garam, gula dan serbuk lada putih

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan tumbuk dengan garam, gula dan serbuk lada putih. Lumurkan dengan udang tadi.
2. Pecahkan telur dan kacau sedikit. Masukkan dalam udang dan digaul sebati.
3. Tambahkan dengan tepung beras dan gaul lagi.
4. Goreng hingga tepung garing dengan minyak terendam. Sebelum dihidang toskan dahulu minyak menggunakan tisu dapur.

2 comments:

  1. Sdpnya udang goreng celup tepung kak anis buat ni tp saya blh tgk saja la. Saya x leh mkn udang, alergik dgn arsenik dlm udang tu. Bkn semua jnis udang yg saya x leh mkn, ada juga jenis yg blh dimkn tnpa kesan alergik.

    ReplyDelete
  2. salam en daun. akk tak brp suka mkn udanglah en daun. selalunya masak dan goreng udang utk suami n anak2 aje. rasanya lebih sedap ikan masin atau telur. hehe... udang apa yg blh dimkn tanpa kesan alergik. berilmulah en daun ni.

    ReplyDelete