Thursday, March 4, 2010

KARI IKAN BAWAL TANPA SANTAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semalam saya menyediakan kari ikan bawal tanpa santan yang serba ringkas. Saya cuma tambahkan tomato sebab hanya tomato sahaja yang ada dalam simpanan. Musim panas begini saya cuba elakkan menggunakan santan. Mula-mula saya bercadang hendak masak stim tetapi memikirkan suami dan anak-anak tidak suka terpaksalah padamkan sahaja niat saya itu.
Saya, Adham dan Syuhadah baru pulih dari demam virus dan selsema. Kini Hamimah pula yang mengambil giliran. Minggu ini adalah minggu klinik bagi keluarga kami. Bukankah sakit itu kifarah bagi menghapuskan dosa-dosa kecil? Moga Allah jadikan hati-hati kami sentiasa redha. AMIN.... Alhamdulillah, dengan menulis di blog ini juga menjadi terapi saya mengubati hati yang sedih..
Jomlah kita tengok resepi yang semua orang boleh buat ini, insyaAllah...

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan bawal hitam saiz sederhana
5 biji bawang merah dihiris
1/2 inci halia dihiris
3 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
air asam jawa
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
2 biji tomato dipotong ikut suka
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris.
2. Campurkan serbuk kari, air asam jawa dan bahan-bahan yang dikisar hingga menjadi pes.
3. Setelah bahan-bahan hiris yang ditumis tadi hampir garing, masukkan pes kari tadi. Kacau sebati hingga pecah minyak.
4. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
5. Masukkan air anggaran banyak mana kuah pekat.
6. Bila kuah mendidih, masukkan ikan dan tomato. Biar seketika hingga kuah menggelegak dan ikan masak. Tomato kalau hendak masuk kemudian pun tidak mengapa. Ikut suka.

Pagi tadi kuah kari ini saya cicahkan dengan roti canai untuk sarapan pagi. Suami dan anak-anak lebih gemar makan roti bakar bersama kuah kari ini. Hehe...

2 comments:

  1. Salam kak.. Betul tu ksakitan yg kita alami blh mhapuskn dosa2 kecil. Sakit tcucuk duri jg mhapuskn dosa2 kecil. Jd, jgn mengeluh dgn ksakitan yg dialami.Kita jg perlu bersyukur krn ada hikmah disebaliknya.
    Sdp tu menu selepas dmm ni. Itu dikira menu yg myihatkn krn krg lemak.

    ReplyDelete
  2. salam en daun. terima kasih.

    ReplyDelete