Monday, March 15, 2010

KUIH BAKAR @ BINGKA PISANG



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pertama kali buat kuih bakar pisang, alhamdulillah rasanya memang sedap. Resepinya saya ambil dari blog MamaHawa, Singapura yang masakannya memang marvellous. Kebetulan pisang emas pun ada, saya pun ambil kesempatan lah. Balik kerja suami kata, asyik kuih pisang je. Huhu... Beliau pun rasa secubit sahaja. Hamimah pun tidak gemar, hanya saya dengan Syuhadah yang suka makan. Terima kasih ya Mama, saya minta izin letakkan resepinya di sini....

Bahan-bahannya:

1o-13 biji pisang emas dilenyek
1 cawan tepung gandum*
3/4 cawan gula pasir*
1 cawan santan*
1 cawan susu cair ( saya guna susu segar )*
1 biji telur*
2 sudu besar mentega ( saya guna minyak jagung )*
2 sudu besar tepung jagung ( saya tambah )*
1 sudu kecil esen vanilla ( saya tambah sebab takut hanyir telur )*

Cara-caranya:

1. Kisar bahan-bahan bertanda * hingga hancur.
2. Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam pisang lenyek. Kacau sebati.
3. Lenser loyang dengan mentega dan masukkan adunan kuih bakar tadi.
4. Bakar kuih tadi selama 1 jam atau lebih di dalam oven dengan kepanasan 180C.


11 comments:

  1. ramai yg cube bingka pisang ni ekk. sy nak wat tp xde orang nak mkn...xsonok nak wat klu xde org nak mkn.

    ReplyDelete
  2. Kuih bingka pisang yg kemarin tu ada lg tak kak anis?? Sy lmbt smp ni, dh hbis ke? Sy memang hantu pisang. Apa2 mknn yg ada pisang semua sy suka. Pisang kapas pn sy makan mentah je..hehe.. Pisang tenggala pn pernah sy mkn masa kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  3. ermmm best nyer..pandainyer kak anis ni...masak ekkkk..mesti cik abe tersenyum selalu ni ekk

    ReplyDelete
  4. salam shahanim. mmg betul klu buat mkn sorg2 mmg tak berbaloi n rasa mcm membazir plk. mcm akk ada anak angkat 6 org kat sblh. hehe... selalu buat apa2 mmg bg budak2 tu. klu harapkan mulut akk dgn anak yg sulung mmg tak larat nak habiskan.

    ReplyDelete
  5. salam umiliya. akk bukan pandai sgt masak. alhamdulillah buat kuih bakar ni menjadi pula. cik abe tak suka kuih2 mcm ni. hehe... klu dipujuk baru nak rasa, itu pn secubit je. lg satu cik abe akk mmg tak mkn pujuk. hehe... akk tau suami mkn utk jaga hati akk je. hehe...

    ReplyDelete
  6. salam en daun. habis dah, klu ada lg pn mn blh mkn sbb dah mkn brp hari baru akk dpt jwb komen en daun ni. beruntunglah isteri kerana dapat suami yang tidak cerewet mcm en daun ni. akk pn mkn pisang kapas ms kat kg dulu. pisang kapas klu buat kuih pn sedapkan, klu yg muda arwah mak akk selalu masak lemak @ gulai. pisang tenggala, pisang apa ya? pertama kali akk dgr nama. kat klate ni akk suka mln pisang karang (yg ni buat pengat mmg sedap, goreng pn blhkan n kelat keling. mn nak jumpa nama2 ni kat johor en daun.:))

    ReplyDelete
  7. Huhu..dh hbs kuih bingka pisang.. Tak dpt la nk merasa.Pisang tenggala ni biasanya org tnm utk ambik daun buat bgks kuih muih atau nasi. Buah dia byk sgt biji. Kalo msk pn org buang je.Pisnag 'kare'(karang) tu mmg sdp digoreng atau buat pengat.Kelat keling kat Johor dipggil rastali kn.Kak anis msti selalu dgr nama pisang kelat lego kn.

    ReplyDelete
  8. salam en daun. kelat lego tu pisang nipah. staff suami yg kenalkan. tp kat klate org tak brp nak mkn n cuma guna daunnya aje kata staff tu lg. klu kat johor tu yg femes. mcm2 org masak. pengat, goreng n buat kerepek. betullah tu pisang kare, sedap betul, kat johor tak jumpa en daun. pisang tenggala tu yg umbutnya masak gulai daging n kadang2 buahnya dimasak acar ya. nnti klu kena pindah tempat lain mesti rindu semua ni.

    ReplyDelete
  9. Pisang kelat lego tu biasanya digoreng.Cuba kak anis beli pisang gorengorg yg jual pisang goreng guna pisang tu berbanding pisang nangka yg mahal dn sedap rasanya.Nti bila dh pindah ke tmpt lain, rindu la kat semua tu.Mcm sy ni,rindu mcm2 kat Kelate nu..huhu.. Setiap kali blik kg, sy beli budu byk bw ke sini.Tak la rindu kat budu tu..hehe..

    ReplyDelete
  10. salam en daun. nnti akk cuba cari n tny. hari tu ms blk johor mertua pn kirim budu juga. 8 botol suami beli. hehe... akk suka mkn yg cap ketereh. rupanya ketereh ni gajus ya. en daun takpe mmg asal klate, mcm akk ni klu pindah entah bila dpt ke cni lg.

    ReplyDelete
  11. Salam kak anis,hrp2 dlm masa2 tdekat ni kak anis sekeluarga kekal di Kelate. Kalo dh pindah nti, dtg la jln2 ke Kelate,kak anis pn dh ada ramai kawan kat Kelate tu kn. Budu cap ketereh yg plg best bg sy,yg tu original tp ada yg tiruan,gna logo tiga biji buah ketereh. Gajus org Kelate pggil ketereh atau 'terre'

    ReplyDelete