Sunday, March 21, 2010

MASAK LEMAK NENAS BERSAMA IKAN MASIN



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Menu saya tengahari tadi masak lemak nenas bersama ikan masin. Mula-mula hendak masak lemak udang dengan nenas tetapi ditukar saat-saat akhir. Udang saya goreng tepung rangup saja sebab bimbang anak-anak tidak mahu makan udang yang dimasak lemak terutama Hamimah, menu utama anak saya tiap-tiap hari ialah kicap manis. Mungkin mengikut selera saya dari kecil, anak dara hingga berumahtangga. Alhamdulillah, saya memang tidak cerewet pasal makan. Jom kita kongsi resepi....

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan masin (jenis ikut suka) sederhana besar dipotong 2
200 ml santan pekat
air ikut kepekatan kuah yang disukai
2 keping asam keping
5 biji cili api hijau dikisar
sedikit udang kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
sedikit belacan dikisar
2 batang serai dititik
1 mangkuk bubur nenas dipotong ikut suka
gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, nenas yang dipotong, ikan masin, serai yang dititik, santan, asam keping dan air secukupnya.
2. Masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala hingga masak. Rasakan masin dan manisnya.

2 comments:

  1. Salam kak anis.. Menu kak anis msk ni adalah peberet saya. Masa bujang dulu, saya msk sndiri gna resepi bunda kalau rasa nk mkn. Biasanya guna ikan gelama belah atau ikan cencaru(ikan keronge kata org Kelate). Plg best mkn wktu tghari..

    ReplyDelete
  2. salam en daun. akk pn guna ikan gelama masak lemak ni. ttu en daun pandai masak ya. dah berumahtangga ni masak lg tak? hehe...

    ReplyDelete