Friday, March 12, 2010

KEK PISANG LEMBAP





Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah hujan mula turun di bumi Kota Bharu sejak tengahari tadi. Waktu ini pun hujan masih turun dan kadang-kadang lebat. Sejuk mula terasa. Nyaman sungguh. Makbul doa mereka yang bersolat hajat minta turun hujan malam tadi. Kek pisang lembap ini resepinya saya ambil dari blog yatie yang cun dan ligat di dapur. Kalau ziarah ke 'rumah' beliau ada sahaja juadah yang memikat selera. Hehe... Kek pisang ini memang sedap, lembut sangat. Oleh kerana 'menjadi' bersungguh saya memujuk suami untuk merasainya. "Rasalah bang, sikit pun tak apa," begitulah lebih kurang pujukkan saya. Hehe... Banyak jugalah beliau makan. Anak-anak pun bersungguh makan tetapi waktu kek masih hangatlah. Alhamdulillah, walaupun akhirnya sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Huhu...
Jomlah kita layan resepi yang saya ambil dari blog yatie, sambil itu jamu-jamulah mata...

Bahan-bahannya:

250 gram tepung gandum }
1 sudu teh soda bikarbonat } diayak bersama
1/2 sudu teh garam halus }
15 gram ovallate
150 gram gula halus
5 biji telur gred A ( saya guna gred B sebab itu aje yang ada )
125 gm mentega cair
100 gram minyak jagung
225 pisang emas dilenyek }
1 sudu teh esen vanilla } digaul bersama

Cara-caranya:

1. Pukul gula halus dan ovallate hingga sebati, masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang dengan kelajuan tinggi hingga menjadi seperti adunan bahulu.
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan pisang. Putar lagi.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega cair dan minyak jagung. Saya satukan minyak jagung dan mentega cair. Gaul adunan hingga sebati.
4. Panaskan ketuhar pada 190C dan bakar hingga masak.

4 comments:

  1. salam..ermm best nyer....tak sabr nak buat ni....apam hari tu lom buat agi....takpelh nak ambik dan copy paste jugak kek ni yer kak anis ..terima kasihh

    ReplyDelete
  2. Salam Anis,
    wow memuji bkn main lagi...sedapkan anis kek pisang lembap tu....tngk deretan potongan kek tu pun dah tahu moist dan sedap...tahniah ya menjadi keknya..

    ReplyDelete
  3. salam umiliya. mmg best la kek ni dik. seronok betul akk sbb menjadi buat kek. kek ni mmg gebu dan lembut sgt. berbaloi2. hehe..

    ReplyDelete
  4. salam yatie. bkn puji tp kenyataan. hehe.... mmg sedap la yatie n cukup puas hati, alhamdulillah. t.kasih, apa pn pujian harus diberi pd yatie yg mencetuskan idea akk buat kek. pahala tau. hehe..

    ReplyDelete