Friday, June 4, 2010

UDANG GORENG ASAM



Assalamualaikum semua. Udang goreng asam ini merupakan lauk tengahari semalam. Resepi ini saya cuba mengikut citarasa sendiri. Alhamdulillah tetamu yang datang memuji keenakan lauk yang cukup ringkas ini. Suami dan anak-anak pun suka. Diratah begitu sahaja pun sedap. Bukan tidak boleh hendak masak yang berempah dan sambal tumis. Terasa muak sangat lagi pun sotong sedang menanti untuk dimasak sambal tumis atas permintaan suami. Hehe... Jom kita kongsi resepi yang ringkas ini...

Bahan-bahannya:

500 gram udang sederhana besar dibuang sesungut
5 biji cili merah dihiris
1 biji bawang besar bombay dihiris
2 sudu kecil pati asam jawa Adabi
1 sudu kecil serbuk cukup rasa
1/2 sudu kecil garam kunyit (campuran kunyit dan halia tumbuk)
secubit garam
secubit gula

Cara-caranya:

1. Gaulkan udang bersama pati asam jawa, sebuk cukup rasa, garam kunyit, garam dan gula secara merata. Biarkan selama 30 minit.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga layu.
3. Masukkan udang yang diperap sekejap tadi dan kacau hingga berubah warna dan masak.
4. Hidangkan semasa panas.

2 comments:

  1. salam kak anis,
    Huwah...mengggoda betul udang tu. kalau ramai orang puji, mesti sedap! masuk list dulu :)

    ReplyDelete
  2. salam indah.
    cubalah, klu suami suka pedas blh tmbh cili padi. insyaAllah sedap.:))

    ReplyDelete